There was an error in this gadget

Wednesday, August 17, 2011

CIMB bayar Nazir Razak RM12 juta tahun lalu

Ogos 16, 11 6:27pm

Genting Bhd menerajui senarai pembayaran besar sebanyak RM111.48 juta kepada lembaganya, naik 21 peratus daripada RM92.11 juta sebelumnya.

Syarikat itu juga mempunyai ganjaran tertinggi antara RM106.65 juta hingga RM106.70 juta bagi seorang pengarah tunggal, kata Malaysian Business dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, syarikat itu tidak menamakan siapa pengarah tersebut.

lim kok thay 02Eksekutif atasan yang tersenarai ialah pengerusi eksekutif merangkap ketua eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay.

Menurut kaji selidik tahunan “Pengarah Yang Dibayar Paling Tinggi” majalah perniagaan itu, syarikat tersenarai membayar ganjaran besar kepada pengarah mereka tahun lalu berbanding 2009 susulan keadaan persekitaran ekonomi yang bertambah baik.

Bagaimanapun, sesetengah syarikat mengurangkan ganjaran kepada lembaga pengarah mereka tahun lalu, termasuk CIMB Group Holdings Bhd.

nazir razakBank kedua terbesar itu membayar RM18.51 juta atau kurang 13 peratus kepada ahli lembaganya dan ganjaran rendah kepada pengarah urusan kumpulan merangkap ketua pegawai eksekutif kumpulan, Datuk Seri Mohd Nazir Razak.

Beliau menerima RM12 juta tahun lalu berbanding RM14.5 juta pada 2009.


IOI Corporation Bhd berada di tempat kedua dengan jumlah pembayaran sebanyak RM56.29 juta, kata Malaysian Business.

Sementara itu, dengan tiga syarikat - YTL Corp, YTL Power International dan YTL Cement - Tan Sri Yeoh Tiong Lay menerima gabungan ganjaran sebanyak RM13.10 juta.

Apa yang menarik, daripada 630 syarikat, 95 syarikat dengan kerugian besar masih memberi ganjaran kepada pengarah mereka dengan pembayaran yang tinggi.

Kaji selidik itu menyenaraikan sejumlah 630 syarikat dengan ganjaran sebanyak RM300,000 ke atas seperti yang dinyatakan dalam laporan tahunan syarikat.

Daripada jumlah ini, hanya sebilangan kecil syarikat yang telus dalam menyatakan ganjaran sebenar kepada eksekutif-eksekutif utama mereka.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/173214

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...