There was an error in this gadget

Wednesday, August 17, 2011

Gagal bayar gaji: Firma Vell Paari di Australia disiasat

Gagal bayar gaji: Firma Vell Paari di Australia disiasat
Ogos 16, 11 4:47pm


Sebuah syarikat milik anggota jawatankuasa kerja pusat MIC S Vell Paari dilaporkan sedang disiasat di Australia kerana tertangguh membayar gaji kakitangannya sehingga dua setengah bulan.

Akhbar West Australian hari ini melaporkan bahawa Ombudsman Kerja Adil negara itu telah memulakan siasatan ke atas Syarikat Motor Oka - yang menyenaraikan Vell Paari sebagai seorang pengarahnya.

Akhbar itu juga berkata Vell Paari - anak kepada bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu - telah mengakui bahawa syarikatnya yang berpangkalan di Perth telah berminggu-minggu tidak membayar gaji pekerja.

NONEDifahamkan pekerja syarikat berkenaan juga telah membuat tuntutan dengan pejabat Percukaian Australia untuk wang persaraan yang tidak dibayar dan juga memfailkan aduan dengan Suruhanjaya Sekuriti Australia dan Pelaburan.

Menurut Akhbar West Australian, Vell Paari, ketika dihubungi di Malaysia, berkata terdapat pertikaian mengenai jumlah bayaran tertunggak yang belum dibayar kepada pekerja-pekerja dan pemiutang, tetapi menegaskan bahawa 60 peratus daripada jumlah berkenaan telah diselesaikan, manakala bakinya akan dibayar esok.

Katanya, beliau terpaksa menunggu audit mengenai isu itu diselesaikan sebelum bayaran boleh dijelaskan, sambil menambah dia tidak bertanggungjawab bagi gaji yang tidak dibayar itu.

Vell Paari dilaporkan berkata walaupun beliau adalah pengerusi Oka dan pemegang saham utama, namun kebanyakan masanya dihabiskan di Kuala Lumpur dan beliau tidak mengetahui perjalanan operasi harian syarikat. Beliau menyalahkan pengurus tempatan bagi masalah itu, kata West Australian.

Menurut akhbar itu lagi, Vell Paari juga telah memutuskan untuk menghentikan sementara kerja-kerja di syarikat itu yang mengkhusus dalam penjualan trak pelbagai jenis supaya dia boleh "membersihkan syarikat itu" terlebih dahulu.


http://malaysiakini.com/news/173189

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...