Friday, August 12, 2011

PAS jumpa gereja 16 Ogos, Jais tangguh

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: PAS akan mengunjungi Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) 16 Ogos ini manakala kunjungan ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ditunda ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) memberitahu Harakahdaily, pertemuan dengan pihak GMDU itu akan diadakan jam 4 petang di gereja tersebut.

"Pihak gereja telah bersetuju dengan permohonan PAS untuk bertemu pada 16 Ogos ini.

"Dengan Jais, kita dimaklumkan oleh mereka bahawa mereka belum dapat berjumpa mana-mana pihak kerana sedang menyiapkan laporan siasatan kes tersebut," katanya.

Menurutnya lagi, sembilan orang pimpinan PAS termasuk beliau akan terlibat dalam pertemuan dengan pihak gereja tersebut.

Mereka diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat Idris Ahmad, Dr. Siti Mariah Mahmod, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Mujahid Yusof dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Abd Rani Osman.

Pertemuan dengan Jais dan gereja diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat Ahad lepas.

Ia bertujuan untuk mendapat gambaran dari mereka sendiri sebelum membuat apa-apa pendirian ekoran tindakan Jais memeriksa gereja berkenaan baru-baru ini.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4873-pas-jumpa-gereja-16-ogos-jais-tangguh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...