Walaupun ketakutan tentang hudud – undang-undang Islam kontroversi, mulai surut, debat dan daya tarikan tentang kerumitan dan kesannya mulai dirasai meninggi.Ini merupakan imbasan keprihatinan golongan cerdik-pandai Malaysia terutamanya golongan muda, yang sedang memenuhi senarai undid an akan dilihat memainkan peranan besar dan lebih terkehadapan di dalam masyarakat. Tidak seperti ibu-bapa mereka, golongan muda dan cerdik-pandai Malaysia tidak akan berdiam diri dan telah mempersoal kengkangan mengikut keperluan sosial dan norma-norma kehidupan, tanoa menerima bulat-bulat apa yang dihidangkan dihadapan mereka oleh generasi terdahulu.
Ini merupakan satu bentuk pembangunan yang dimainkan di dalam isu hudud –ahli politik dan ketua-ketua agama – perlu pengambil perhatian atau tunduk di bawah cengkaman sendiri, dan menjadi tidak relevan dan tidak boleh berkhidmat untuk rakyat.
Cukup sudah ahli politik dan agama berkisah
Beberapa hari yang lalu, Pegawai agama negeri Kelantan telah mencabar Perdana Menteri Najib Razak untuk mendengar nasihat dan pandangan dari Mufti Perak Harussani Zakaria untuk membenarkan Kelantan di bawah pimpinan PAS melaksanakan hukum hudud.
“ Kerajaan Persekutuan harus memastikan pandangan cendikiawan agama terutamanya mufti diambilkira kerana mereka lebih arif tentang isu-isu berkaitan agama. Dan sekiranya berhasil, peluang yang sama harus diberikan kepada mana-mana negeri yang mahu melaksanakannya,” kata Mohd Amar Abdullah, pengesuri Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri Kelantan.
Beliau turut diminta mengulas kenyataan Harussani yang mahukan pentadbiran Najib membenarkan Kelantan di bawah pimpinan PAS yang mempunyai 95% orang Melayu Islam, melaksanakan hukum hudud atas mana-mana jenayah berkaitan Islam. Kalantan pada tahun 1993 telah memperkenankan Undang-Undang Hudud, tetapi tidak melaksanakannya kerana undang-undang jenayah turut berada di bawah perundangan kerajaan perseketuan.
Dokongan Harrusani terhadap hudud merupakan satu tamparan hebat kepada Najib kerana ia telah menghampakan golongan Islam konservatif negara. Seperti yang ditekankan oleh Harussani, hudud ialah keperluan di dalam Islam dan perlu dilaksanakan oleh Penaung yakni Sultan. Malaysia telah melaksanakan undang-undang Syariah atau hukum Islam yang diperlakukan ke atas orang Islam sahaja. Namun, sistem Syariah yang diperkenalkan oleh pertadbiran Najib-UMNO tidak termasuk hukum hudud yang menekankan enam hukuman jenayah termasuk hukuman berat seperti merotan, memotong tangan atau kaki dan direjam batu hingga mati.
Apa kata bangsa dan penganut agama lain?
Benar, walaupun Mohd Amar menyeru Kelantan digunakan sebagai kertas ujian dan model untuk perlaksanaan undang-undang Islam secara menyeluruh, dengan sistem yang dikhususkan untuk umat Islam, perdebatan hangat isu terus berlaku. Bukan sahaja orang Melayu-Muslim yang aktif memperdebatkan isu ini di dalam jaringan media sosial, bukan Islam dan bukan Melayu turut serta mengadakan proses perbincangan sehala mencari kebaikan dan keburukan pelaksanaan hukum hudud.
Memandangkan bukan Melayu sudah tidak takut akan hudud atau PAS, yang sebelum ini dilihat sebagai keterbelakang, parti ekstrem agama, mereka percaya hudud dimiliki zaman dahulu, seperti juga penguguran kandungan dan homoseksualiti.
“Penganut Kristian juga mempunyai taboo mereka sendiri. Gereja-gereja Katholik juga mengharamkan penguguran kandungan dan homoseksualiti. Pihak Vatikan turut didakwa hidup didalam penafian namun telah beralih arah. Jadi, agama itu satu perkara yang rumit maka dengan itu pemimpin penganut agama Kristian di negara ini tidak menolak perlaksanaan hukum hudud dan Bishop Paul Tan turut menyokong perlaksanaan itu asalakan ianya tidak melibatkan golongan bukan Islam,” ujar Anthony Chong, pemimpin penganut agama Kristian dari SFX berkata kepada Malaysia Chronicle.
Walaupun terdapat sedikit fahaman liberal diantara pemimpin Kristian di sini, golongan bukan Islam dan orang Islam sendiri, termasuk NGO Sistems in Islam (SIS), telah mengecam hukum hudud. Bagi mereka, ianya tidak mencukupi untuk golongan ulama Islam menjamin perlaksanaan undang-undang hudud hanya dilakukan sebagai jalan terakhir.
“Kenapa perlu ada dari mula? Ia tidak masuk akal sekiranya tidak digarap dan sedia diikuti dan termaktub di dalam kod cara, atau apakah ini hanya cakap kosong?” kata seorang akauntan wanita Melayu di sebuah bank, yang tidak mahu namanya disiarkan.
Realiti baru dan kembali kepada rakyat
Walaupun ramai orang Melayu yang kuat pegangan Islamnya, mereka turut terkesan daripada pelaksanaan hukum hudud yang keras itu. Ia hampir sama dengan kebanyakkan penganut agama Kristian, terutamanya Katholik, yang merasa belas kasihan terhadap ibu tunggal dan kesulitan homoseksual, terutamanya remaja gay. Namun ada beberapa yang berani telah bersuara dan memanggil untuk sebuah modenisasi, tapi masih ramai yang bersembunyi kerana takut dihina masyarakat, dan melawan perintah agama menerusi kitab Injil dan al-Quran.
Di dalam arena politik Malaysia, isu ini mungkin telah dipermudahkan menjadi satu taruhan untuk populariti. Parti MCA telah menuduh DAP sebagai simpatisan hudud, sebaliknya DAP menegaskan mereka akan menentang perlaksanaan hudud sehingga ke Parlimen walau apa pun yang terjadi di dalam gabungan Pembangkang atau menjadi kecoh di tingkat Kerajaan Persekutuan.
Anggota masyarakat mempunyai cara pendekatan yang berbeza. Mereka percaya isu ini perlua dilarikan daripada ahli politik kerana polelik hukum hudud, pengguguran kandungan atau homoseksualilti, sukar untuk dituntas. Mereka inilah yang berpandangan bahawa Mufti, pihak gereja dan para paderi sepatutnya menerima yang waktunya ialah untuk rakyat membuat keputusan sendiri.
Keinginan rakyat perlu dihormati kalaupun terdapat perbezaan zahir yang diputuskan oleh para agamawan.
“Kita berada di dalam dunia yang jauh dari Zaman Gelap, dari zaman Saladin atau Joan of Arc. Para ‘Crusaders’ dan perlawanan di Jerusalem dan di Timur Tengah berlaku gara-gara politik dan emosi, melebihi agama atau tekana agama itu sendiri. Di Malaysia, kita bernasib baik kerana tiada bom dilepaskan jatuh ke atas rumah. Kita boleh berfikir waras sekarang, jadi, saya rasa, kenapa tidak pada referendum untuk isu-isu berbangkit seperti ini, yang mana ia boleh dilakukan secara undi rahsia jadi tidak ada seorang pun yang takut akan hak mereka,’ ujar Peter, seorang perdakwah dan aktivis agama Katholik, yang meminta Malaysia Chronicle tidak menyiarkan nama penuhnya.
“Setiap orang termasuk para pemimpin agama terutama ahli politkm mesti mengelak dari sikap ‘ aku lebih baik darimu’. Bagi ahli politik, semua orang tahu permainan mereka yang keji dan berkepentingan peribadi. Untuk para agamawan, mereka harus sedar dan akur bahawa agama mana yang terbaik sekalipun di dunia ini tidak bermakna apa-apa tanpa penganut.”
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment