There was an error in this gadget

Wednesday, October 12, 2011

PROJEK SG BESI SAH MILIK JHO LOW?

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 11TH, 2011

Pelbagai keraguan timbul berhubung Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dikenali sebagai projek Jho Low, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.Malah katanya, projek berkenaan menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Belanjawan 2012 dan turut dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK 10).“Kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) jelas tidak mempedulikan keresahan rakyat sejak dari awal lagi apabila pengkalan udara yang mempunyai nilai strategik dan sejarah itu, dipindah milik dengan penuh kontroversi kepada 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” kata beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, sehingga kini, rakyat masih menanti jawapan apa perlunya 1MDB melabur sebanyak RM3.5 bilion dalam Petrosaudi International Limited yang kemudian melabur lebih RM1.5 bilion dalam UBG Berhad.Gambar: Jho Low bersama-sama berparti dengan selebriti Paris Hilton.

UBG Bhd ialah syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di mana Jho Low merupakan salah seorang ahli lembaga pengarahnya.

Kerajaan, katanya, sepatutnya menjelaskan terlebih dahulu keraguan-keraguan tersebut sebelum meneruskan tindakan memajukan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dipertikaikan itu.

Salahuddin juga melihat Belanjawan 2012 lebih mementingkan projek-projek yang bersifat ‘projek Taek Jho Low’ dari menyelesaikan masalah dan penderitaan rakyat seperti projek tebatan banjir di negeri Kelantan, Kedah dan Sabah.

“Ini belanjawan rakyat atau belanjawan Taek Jho Low?” soal beliau seperti dilapor Harakahdaily.

Sebelum ini menjadi pengetahuan umum Rosmah Mansor mempunyai hubungan rapat dengan jutawan muda tersebut.

Malah Jho Low baru-baru ini mengakui beliau adalah kawan baik kepada Rosmah dan turut dilapor memiliki sebuah penthouse di New York yang secara kebetulan dikatakan hanya 10 minit dari syarikat pengeluar berlian, Jacob & Co.

Rosmah sebelum ini dikaitkan dengan pembelian berlian bernilai RM24 juta dari Jacob & Co.

Nama Jho Lho sebelum ini turut dikaitkan sebagai penasihat kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum ia diperbadankan menjadi 1MDB.

Pada Jun 2010, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi dipindahkan dan tapaknya dijual kepada 1MDB.

KEADILAN sebelum ini turut mendesak kerajaan menjelaskan kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi itu yang dianggar bernilai kira-kira RM500 juta.

http://www.kl-today.com/2011/10/projek-sg-besi-milik-jho-low/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...