Rabecca selamat bergelar isteri Nor Azam Sulaiman. - Foto oleh AZLINA ABDULLAHAMPANG: Pelakon Rabecca Nur Al Islam, 24, mengakui tidak akan meninggalkan kerjaya lakonana tapi mengurangkan aktiviti seni tersebut bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.
Dia yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Nor Azam Sulaiman, 43, malam Jumaat lalu juga memberitahu lebih memilih watak yang akan dilakonkan dalam sesebuah drama.

"Saya tidak akan berhenti berlakon selepas ini, namun begitu saya akan mengurangkannya agar tidak menjejaskan masa bersama keluarga.
"Dari segi watak juga saya akan lebih memilih kepada watak yang bersesuaian dengan status sekarang," ujarnya.
Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, Muhammad Ibrahim pada majlis ringkas yang berlangsung di kediaman mereka di Ukay Perdana, di sini kira-kira pukul 9.40 malam, Jumaat.

Dalam pada itu, ketika ditanya keistimewaan Nor Azam di matanya, Rabecca memberitahu Azam seorang yang mempunyai sifat kebapaan yang membuatkannya tertarik.
"Banyak yang saya tertarik dengan dia, salah satunya ialah sifat kebapaannya, saya pula seorang yang sangat sukakan kanak-kanak dan lebih bersifat keibuan sebab itu saya mencari seorang yang sama dengan saya.
"Dia juga mempunyai dua anak dan saya seorang anak, anak-anak kami sudah saling mengenali, menghormati dan menerima saya seadanya," katanya.

Sementara itu, Azam ketika ditanya keistimewaan Rabecca di matanya, dia memberitahu kali pertama terpikat dengan wanita itu kerana paras rupanya yang menawan.
"Kalau ditanya tentang apa yang membuat dia menarik perhatian saya ialah kejetitaannya, yang selebihnya kena tanya selepas kami tinggal sekali," jelasnya.
Bagaimanapun, ketika ditanya tentang lakonan Rabecca, Azam memberitahu dia tidak pernah melarang isterinya itu untuk meneruskan kerjaya seninya.

"Saya tak kisah dia berlakon, saya percaya dia atas dirinya, dia pandai membawa diri, namun begitu tentang watak yang akan dilakonkan kami akan berbincang terlebih dahulu," jelasnya.
Pasangan mempelai itu akan berbulan madu di London dan Paris selama dua minggu mulai 14 Februari depan.
Majlis pernikahan mereka dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat kedua-dua belah pihak.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Sabtu untuk rakan-rakan dan pihak media di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan Inggeris.
Sementara majlis resepsi untuk keluarga pula akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad.








Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah
•
Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
"Perkara itu termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Ronnie tidak boleh sentuh. Kita berusaha mempertahankan moral dan akhlak orang Islam tetapi yang berlaku ada pihak mahu umat Islam melakukan sebaliknya,"
Malaysiakini pada 13 Januari lalu melaporkan garis panduan terbaru MPSJ melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras.


"Sehingga hari ini, ayah saya mempertahankan novel ini kerana itu adalah kenyataan.
Ditanya mengenai perasaan ayahnya ketika ini selepas novelnya menimbulkan kontroversi, Thariq berkata:
Sehubungan itu, Thariq mahu novel Interlok tidak dipolitikkan untuk keuntungan pihak tertentu.
Seramai 60 orang hadir dalam perhimpunan ini bagi membantah tindakan mempolitikkan Interlok dan membakar karya agung itu sebelum ini.
"Ahli dewan negara ada bidang-bidang khususnya, bukan mencampuri urusan orang lain," katanya.
Abu Bakar pula mahu filem dan drama Tamil serta Hindi diharamkan jika masyarakat India mendakwa Interlok tidak mewakiili gambaran Malaysia yang sebenar.
Sehubungan itu, mereka telah meluluskan lapan resolusi bersama. Antaranya menolak sebarang tuduhan bahawa Interlok adalah sebuah novel yang menghina masyarakat India.
Mereka juga menuntut individu yang mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan tetapi mempolitikkan Interlok dipecat kerana mencetuskan salah sangka, pra sangka dan pergolakan antara kaum.
Ummi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998.
Abdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, peguam Karpal Singh dan parti PAS kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata:
Hata enggan mengulas lanjut tetapi menghantar Malaysiakini sesalinan surat penggantungan kerja yang bertarikh 11 januari lalu.
“Sepanjang tempoh penggantungan perkhidmatan ini, tuan diminta sentiasa berada di tempat yang boleh dihubungi oleh pihak syarikat dan tuan tidak dibenarkan keluar daripada lingkungan tempat tinggal,” petik surat itu lagi.

Malaysiakini, Khamis lalu berjaya mendapat penjelasan daripada ketua imam masjid tersebut - Mahadi Abdullah yang berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan atas arahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.
Dakwanya lagi, beliau difahamkan aduan peguam tersebut yang tinggal di Pantai Hill Park - diajukan terus kepada perdana menteri sebelum dipanjangkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAWI serta akhirnya dimaklumkan kepada pihak masjid.