Saturday, January 15, 2011

'Keputusan atas kepentingan negara'


MISBUN (kiri) membuat keputusan mendiamkan diri berkenaan punca sebenar beliau meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan badminton negara.


MENGENALI Datuk Misbun Sidek, beliau bukanlah individu yang gemar menimbulkan kontroversi. Setiap keputusan yang diambil- nya sama ada ketika bergelar pemain atau jurulatih, beliau ada sebab tersendiri dan bukan dibuat sesuka hati.

Boleh dikatakan, beliau memang sudah 'masak' dengan segala perjalanan sukan badminton termasuk pentadbiran dan atas alasan itu, sukan tersebut tetap mengalir kuat dalam dirinya.

Misbun bukan tidak pernah berhadapan dengan situasi seperti ini sebelum ini.

Pelbagai kerenah dan masalah pernah dilaluinya tetapi beliau tetap tabah kerana badminton sudah menjadi sebahagian daripada darah dagingnya.

Selepas 30 tahun mengabdikan diri dalam sukan kegemarannya itu, tidak mungkin beliau boleh se- wenang-wenangnya membuat keputusan untuk meninggalkan sukan yang telah diceburinya sejak berusia 7 tahun lagi.

'Air dicincang tidak akan putus' dan ia peribahasa paling tepat untuk menggambarkan gelora yang melanda jurulatih perseorangan badminton negara itu ketika ini yang membuat keputusan mengejut meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan pada 31 Disember lalu.

Tindakan yang diambilnya bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi tetapi ada sebab yang lebih besar disebaliknya.

Namun, hakikatnya Misbun kini tidak ada kena mengena lagi dengan pembangunan sukan badminton negara selepas beliau membuat keputusan untuk meletak jawatan.

Perbezaan pendapat terhadap sistem kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baru dikatakan menjadi punca utama Misbun membuat keputusan mengejut itu.

Bagaimanapun, jauh disudut hatinya, Misbun sebenarnya masih sayang untuk meninggalkan pemain-pemain yang pernah berada di bawah kendaliannya terutama jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.

Apa tidaknya, berkat bimbingan Misbun, Chong Wei sudah boleh tersenyum lebar apabila bergelar pemain No. 1 dunia sejak tahun 2008 selain meraih pelbagai kejua- raan dalam kejohanan-kejohanan bertaraf lima bintang di pentas antarabangsa.

Begitu juga dengan Misbun, beliau pastinya bangga dengan dengan kejayaan yang dikecapi Chong Wei itu apabila melihat sendiri sentuhannya telah membuahkan hasil yang boleh dibanggakan seluruh rakyat Malaysia.

"Saya sebenarnya masih sayangkan pemain-pemain saya. Jiwa jurulatih yang mengalir dalam diri saya tidak boleh dibuang begitu sahaja dan sehingga kini saya masih memikirkan mengenai mereka semua.

"Saya membuat keputusan untuk meletak jawatan disebabkan kepentingan negara.

"Sekiranya BAM merasakan mereka sudah memiliki pengganti yang lebih baik daripada saya dan orang itu mampu menyumbangkan idea-idea kejurulatihan yang lebih baik daripada saya, saya menerimanya dengan terbuka," kata Misbun.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Taman Ukay Perdana, Hulu Klang semalam.

Diminta mengulas mengenai punca peletakan jawatannya, Mis- bun tetap dengan pendirianya untuk tidak memberikan sebarang komen berkenaan dengan perkara tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Saya bukan tidak mahu bekerjasama dengan pihak media tetapi cerita-cerita yang keluar sebelum ini di akhbar-akhbar (bukan Kosmo!) kebanyakan faktanya tidak benar dan ada yang bukan keluar daripada mulut saya sendiri.

"Jadi... biarlah saya mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri. Apabila tiba masanya nanti, saya pasti akan menjelaskan hal yang sebenar," kata Misbun.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...