Thursday, November 20, 2008

Ibu risau anak gadis hilang tiga bulan


HEE ENG (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Siew Won pada sidang akhbar di Wisma MCA semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR – Seorang gadis dikhuatiri hilang setelah tidak pulang ke rumah sejak tiga bulan lalu.

Chai Siew Won, 18, dari Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru, dipercayai mengikuti bekas teman lelakinya, Loh Swee Fatt atau dikenali sebagai Ah Fatt ke Kuala Lumpur setelah dijanjikan pekerjaan dengan gaji yang lumayan.

Menurut ibunya, Liow Hee Eng, 47, Ah Fatt telah menghubungi Siew Won dan memberitahu sebuah kilang di Subang Jaya, Selangor memerlukan pekerja dengan dibayar gaji lumayan.

Percaya dengan kata-kata Ah Fatt, anaknya terus menerima tawaran tersebut dan mengikut lelaki itu pada awal September lalu dengan meninggalkan rumah sehingga hari ini.

“Saya takut kalau-kalau anak saya dipaksa melakukan kerja terkutuk hingga boleh menggelapkan masa depannya.

“Saya berprasangka begini kerana setiap kali dia (anaknya) menelefon saya walaupun hanya sempat bercakap dalam masa yang sekejap, nada suaranya seakan-akan sedang menangis seolah-olah berlaku sesuatu perkara yang tidak elok pada dirinya,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA dekat Jalan Ampang semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta kepada orang ramai yang mengenali Chai Siew Won atau mengetahui di mana dia berada agar dapat menghubungi ibunya di talian 014-6116988 atau Biro Pengaduan Awam MCA di 03-21618044 atau balai polis yang berdekatan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...