Monday, November 3, 2008

Penyamun rompak rumah mangsa - Lepas curi beg tangan di stesen minyak


Oleh TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my



KEADAAN rumah Rita yang dirompak dipercayai dilakukan oleh lelaki yang mencuri beg tangannya ketika mengisi angin tayar keretanya di sebuah stesen minyak semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

PETALING JAYA – Selepas beg tangan yang terdapat kunci rumah, lelaki yang menyamun seorang eksekutif jualan bertindak berani pergi ke rumah mangsa untuk meneruskan rompakan seterusnya.

Episod mimpi ngeri N. Rita, 32, bermula apabila beg tangannya itu dilarikan seorang lelaki ketika dia sedang mengepam tayar keretanya di sebuah stesen minyak di Kampung Sungai Penchala, Petaling Jaya pukul 9.30 pagi kelmarin.

Rita memberitahu, selepas mengisi minyak di stesen tersebut, dia mendapati tayar depan dan belakangnya telah pancit lalu mengisi angin di stesen minyak yang sama.

“Di situ terdapat dua pam dan saya pergi ke pam depan kerana di pam belakang ada seorang lelaki sedang menunggu di dalam sebuah Perodua Myvi.

“Selepas mengisi angin di tayar kiri belakang, saya beralih ke tayar sebelah pemandu pula tetapi ketika itu pam yang saya gunakan tidak berfungsi dengan baik,’’ katanya.

Dia kemudiannya telah meminta lelaki itu beralih selepas mendapati dia tidak menggunakan langsung pam tersebut lalu lelaki itu turun sebelum berlakon membaiki pam itu.



AKSI suspek dapat dilihat melalui rakaman CCTV di stesen minyak terbabit semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

Menurut Rita, selepas itu, dengan pam yang sama dia mengisi angin pada tayar dan apabila masuk ke dalam kereta, dia melihat beg tangannya yang diletakkan di tempat duduk penumpang lesap dan mendapati pintu terbuka.

Katanya, di dalam beg itu mengandungi pelbagai barang berharga termasuk wang RM40, kad bank, dua cek bernilai RM2,500 dan kunci rumah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1025&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...