Monday, November 3, 2008

Sudah liat nak berubah - Mereka tahu salah tapi mengaku payah untuk menjadi normal

Oleh ASRON MUSTAPHA dan NUR AISHAH AMIN
berita@kosmo.com.my



KERATAN Kosmo! semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR – Fatwa haram yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap ‘pengkid’ seolah-olah tidak memberi kesan kepada golongan tersebut untuk terus menjalani kehidupan songsang mereka sebagai wanita yang berkelakuan lelaki dan mengamalkan seks sejenis.

“Saya selesa dengan jalan hidup sekarang (pengkid) walaupun orang jijik tengok kami.

“Dari dulu saya sedar ia haram di sisi agama dan dosanya lebih teruk daripada berzina dengan pasangan normal,’’ kata seorang pengkid yang hanya mahu dikenali sebagai Syebi, 25.

Namun Syebi membayangkan hasrat kembali menjalani kehidupan normal kerana jauh di sudut hatinya dia ingin mempunyai zuriat sendiri.

“Saya akan berubah tapi bukan sekarang, tak tahu bila,’’ ujar Syebi yang sebelum ini pernah bertunang sebelum kecewa dan memilih cara hidup seperti lelaki.

Mengimbau kisah kehidupan songsangnya, Syebi memberitahu dia dibesarkan dalam persekitaran lelaki sehingga menyebabkan jiwanya sebati sebagai lelaki.

Dia juga mendakwa pernah ditunangkan bagi membetulkan semula naluri kewanitaan tetapi hubungan atas dasar pilihan keluarga itu tidak kekal lama.

Pasangan pengkid, Shahrul, 23, dan Aida, 26, juga masih mahu meneruskan percintaan songsang mereka yang terjalin sejak dua tahun lalu.

“Buat masa ini tiada apa yang dapat mengubah kehidupan kami,’’ kata Shahrul yang manis bertudung ketika waktu kerja tetapi wataknya berubah sama sekali sewaktu bersama Aida.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=1025&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...