17 Jan 2009 5:55PM
UTUSAN Melayu (Malaysia) Berhad akan menerbitkan akhbar berwajah baru mulai keluaran Mingguan Malaysia esok diikuti dengan Utusan Malaysia pada hari Isnin.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Hashim Ahmad Makaruddin berkata pembaharuan itu dilakukan atas desakan komersial dan bagi memenuhi citarasa pembaca yang mahu kelainan dari segi rupa paras kosmetik, persembahan dan kandungan berita.
"Anggota kumpulan Utusan akan pastikan isi kandungan akhbar keluarannya mengikut citarasa pembaca yang berubah-ubah seiring dengan cabaran masa ini dari segi ekonomi mahupun kehadiran media baru," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran wajah baru akhbar itu di ibu pejabatnya di sini, Sabtu.
Antara yang hadir di majlis itu ialah bekas-bekas peneraju Kumpulan Utusan seperti Tan Sri Mazlan Nordin, Tan Sri HM Shah, Datuk Zainudin Maidin dan Said Zahari.
Hashim berkata perubahan ini bukan sekadar pada wajahnya sahaja malah penulisan berita baru yang melangkaui gaya penulisan berita biasa yang konservatif.
"Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia akan mempersembahkan bentuk penulisan interpretatif, naratif dan deskriptif kepada bahan-bahan berita utamanya," katanya.
Hashim berkata ruangan-ruangan baru dan kolumnis-kolumnis yang disegani akan diperkenalkan secara beransur-ansur hasil proses penyegaran semula itu, disamping memberi penekanan kepada pemilihan gambar berunsurkan nilai foto jurnalistik yang tinggi.
Katanya tahun ini Kumpulan Utusan merancang untuk meluaskan kawasan ibu pejabat korporatnya di sini, begitu juga dengan meningkatkan kapasiti jumlah pengeluaran dan pengedaran akhbarnya.
"Kami juga akan menaik taraf sistem percetakkan kami, mungkin di Bangi, Selangor, di Tebrau, Johor atau di Gong Badak, Terengganu," katanya. / Bernama
http://www.klpos.com/news/2009/01/17/7.html

No comments:
Post a Comment