Sunday, January 18, 2009
Minta surat izin jiran sebelum mohon bela anjing
NILAI: Penduduk bandar ini yang membela anjing di kediaman masing-masing dikehendaki mendapatkan surat keizinan daripada jiran terlebih dulu sebelum mengemukakan sebarang permohonan lesen dari Majlis Perbandaran Nilai (MPN).
Syarat itu terkandung dalam garis panduan tatacara pemeliharaan haiwan itu mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing (MPN) 2008 yang baru dikuat kuasakan.
Yang Dipertua MPN, Datuk Abd Halim Abd Latif, berkata garis panduan itu menyatakan setiap ekor anjing yang mencapai usia tiga bulan perlu dilesenkan dan permohonan harus dikemukakan kepada pihak MPN dengan bayaran RM20.
“Berdasarkan garis panduan itu, penduduk boleh memelihara lebih daripada dua ekor anjing sekiranya keluasan rumah mereka sekurang-kurangnya 1,000 meter persegi.
“Jika ada penduduk ingin memelihara anjing lebih daripada empat ekor, keluasan rumah mereka mesti melebihi 1,000 meter persegi,” katanya.
Abd Halim berkata, pemilik haiwan peliharaan itu juga harus memastikan anjing berkenaan sentiasa bersih dengan najisnya dibuang supaya tidak menimbulkan masalah kepada penduduk lain.
Menurutnya, pemilik juga perlu memastikan haiwan peliharaannya tidak mengganggu ketenteraman awam dan kawasan persekitaran dengan salakan yang tidak henti-henti serta memastikan tidak membuang najis dan kencing merata-rata.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Setempat/20090117025153/Article/index_html
No comments:
Post a Comment