Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my
SALAH satu kedai emas yang dipercayai dirompak oleh Kumpulan 18 di Seri Kembangan, Puchong baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------
SUBANG JAYA - Buku bertemu ruas!
Itu penamat kepada dua penjenayah ganas Kumpulan 18 yang juga dikenali sebagai 'Tiger General' yang akhirnya ditahan polis di sini semalam.
Kedua-dua mereka yang diburu sejak enam bulan lalu ditahan dalam satu operasi khas di sekitar Puchong.
Salah seorang mereka yang dikenali sebagai 'Citti Babu' berusia dalam lingkungan 30-an ditahan ketika menghisap dadah pukul 1.15 petang di Bandar Kinrara, Puchong oleh sekumpulan polis peronda yang melakukan operasi cegah jenayah.
Manakala suspek kedua dikenali sebagai 'Kasap' yang merupakan ketua Kumpulan 18 dan berusia dalam lingkungan 40-an ditahan di sebuah apartmen di Puchong pukul 4 pagi - kira-kira 15 jam selepas orang kanannya ditahan.
Difahamkan, sebelum ditahan kedua-dua penjenayah yang disifatkan kejam dan tidak berhati perut itu dikatakan sempat melupuskan sebahagian besar dadah dan tiga pucuk pistol milik mereka bagi meringankan pertuduhan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Hasnan Hassan berkata, kedua-dua penjenayah tersebut sebelum ini dikategorikan berbahaya dan amat dikehendaki oleh tiga buah negeri termasuk Bukit Aman.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

No comments:
Post a Comment