Sunday, January 18, 2009

Mahu dakwa Israel

GENEVA – Bolivia sedang bersiap sedia untuk meminta Israel dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague, Belanda berhubung kekejaman di Gaza, kata dua menteri negara berkenaan di sini semalam.

Menteri Kemasyarakatan, Sacha Llorenti berkata, Bolivia akan meminta sokongan negara Amerika Selatan lain berhubung usaha membawa pemimpin politik dan tentera Israel yang bertanggungjawab ke atas serangan di Gaza ke muka pengadilan.

Seorang menteri lain memberitahu proses perundangan bagi tujuan tersebut akan mula dilakukan pada Isnin ini. – AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...