Sunday, January 18, 2009

'Dia teringat kekasih lama'


Oleh AZIZI MAJID
azizi.majid@kosmo.com.my



ANGGOTA bomba memapah isteri Wan selepas dia terjun bangunan tiga tingkat di Johor Bahru kelmarin.
--------------------------------------------------------------------------------



KERATAN Kosmo! semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


JOHOR BAHRU - "Memang dia (isteri) ada bagi tahu saya dia masih teringatkan bekas kekasih lamanya beberapa hari lalu.

"Bagaimanapun, saya nasihatkan dia supaya lupakan saja bekas kekasih lamanya itu tetapi dia kata susah untuk dia berbuat demikian."

Itulah penjelasan suami kepada wanita yang terjun dari bangunan rumah kedai tiga tingkat di Taman Pelangi di sini kelmarin.

Lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Wan, 32, berkata, dia hanya mengetahui tentang kejadian tersebut apabila pulang dari tempat kerja pukul 7.30 malam semalam (kelmarin).

"Bila saya sampai di rumah ada jiran bagi tahu isteri saya terjun dari tingkap tetapi berjaya diselamatkan," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Ujar Wan, isterinya itu seorang yang pendiam selain selalu murung sejak beberapa hari lalu kerana terlalu rindukan bekas kekasih lamanya yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

"Kerana kasihankan isteri, saya pernah membawa dia pergi ke rumah sewa lelaki itu di Seremban tetapi hampa kerana lelaki tersebut telah berpindah.

"Saya juga pernah bawa dia pergi berubat tradisional di Ipoh kerana takut dia terkena buatan orang tetapi semua usaha itu tidak berhasil,"
katanya yang enggan memberitahu nama isterinya itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...