Jan 17, 09 10:29am
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menafikan beliau terlibat dalam memberikan wang kepada dua wartawan sebuah lamanweb di Pusat Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, petang semalam.

"Saya tidak ada wang untuk ditawar kepada sesiapa...itu bukan saya punya. Anda tahu orang boleh buat apa sahaja terutamanya dalam pilihanraya kecil apabila anda menjadi perhatian.
"Yang pasti ia bukannya daripada Barisan Nasional...saya boleh pastikan. Itu bakan wang saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar di Kuala Terengganu hari ini, lapor Bernama.

Wan Ahmad Farid menegaskan beliau mahu menang pilihan raya kecil ini dengan cara adil tanpa bersubahat dengan sesiapa atau melakukan yang menyalahi undang-undang.
Semalam, dua wartawan lamanweb berbahasa Mandarin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kerana mendakwa diberikan satu sampul surat berisi wang ketika berada di pusat media berkenaan.
http://www1.malaysiakini.com/news/96650
No comments:
Post a Comment