Sunday, January 18, 2009

Ratu Rempit ternoda




Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Nor Azmelia Azahari
am@hmetro.com.my

SEREMBAN: Dia bukan saja sanggup melakukan hubungan seks dengan dua lelaki serentak dan melayan lelaki seusia bapanya, malah digelar Ratu Rempit.

Pengalaman kali pertama dinodai rakan teman lelakinya menyebabkan gadis itu ketagih mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Bagi memuaskan nafsu gilanya, gadis kecil molek yang mula belajar merokok ketika di tahun lima sanggup mengikut lelaki hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan seks walaupun baru beberapa jam dikenalinya.

Gadis terbabit mengakui mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki untuk mengejar keseronokan dan pantang dicabar menyebabkan dia terjebak ke lembah yang merosakkan masa depannya.

Pengalaman buruk gadis terbabit yang didedahkan kepada wartawan Harian Metro bukan untuk mengaibkan sesiapa, namun sebagai pedoman untuk remaja perempuan yang baru ingin ‘kenal dunia’ supaya tidak mengikut kata hati sehingga menjadi pemuas nafsu lelaki buas.

Gadis dikenali sebagai Mimi, 20, berkata kehidupannya mula berubah selepas dia berkenalan dengan seorang Mat Rempit ketika di tingkatan empat.

“Setiap malam minggu, kami keluar bersiar-siar dan menonton aksi liar Mat Rempit menunjukkan kehebatan masing-masing.

“Saya seronok apabila dapat bercampur dengan kumpulan Mat Rempit dan berasa diri sangat hebat,” katanya.

Selepas beberapa lama berkenalan, teman lelakinya mula menunjukkan belang apabila menyerahkannya untuk ‘dipakai’ seorang rakan.

Dia akan dipandang rendah jika menolak pelawaan Mat Rempit untuk mengadakan hubungan seks menyebabkan kesuciannya diserah bagi menjaga imej di kalangan rakan.

Menurutnya, pengalaman kali pertama itu menyebabkan dia ketagih dan sukar melupakan perbuatan itu walaupun menyedari menyalahi hukum agama.

“Sejak itu, saya sering menjadi habuan puluhan Mat Rempit di hotel murah, rumah sewa mahupun dalam kereta. Ibu bapa tidak tahu perbuatan itu kerana saya memaklumkan mahu ke sekolah sedangkan saya ponteng dan mengikut lelaki ke rumah sewa mereka,” katanya.

Mimi mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan dua lelaki dalam satu bilik hotel dan ia pengalaman yang menakutkan baginya.

“Ibu bapa tak ambil kisah apa yang saya lakukan di luar rumah dan mungkin mereka tak tahu dengan siapa saya berkawan.

“Keluarga saya bermasalah, ibu bapa sering bertengkar dan mungkin disebabkan itu, kebajikan dan tanggungjawab mereka terhadap saya sedikit terabai,” katanya.

Keseronokan Mimi tidak berpanjangan apabila dia terbabit dalam kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawanya ketika di tingkatan lima.

“Akibat kemalangan itu, saya dimasukkan ke wad kecemasan dan dirawat selama beberapa hari. Namun, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup dan bertaubat,” katanya yang kesal dengan apa yang berlaku.

Gadis itu kini mendapat tempat di sebuah pusat pengajian tinggi di ibu kota dan menyesali pengalaman hitamnya.

Dia menasihatkan gadis, terutama yang baru mengenal dunia agar menjauhi perbuatan terkutuk kerana kegembiraan yang dikecapi hanya sementara.

“Pilihlah kawan yang boleh membawa ke jalan benar dan jangan ikut kata hati kerana yang binasa diri sendiri.

“Kepada ibu bapa, berilah pengawasan kepada anak gadis bagi mengelak mereka hanyut dalam dunia noda dan dosa,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Saturday/BeritaUtama/20090117022103/Article

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...