Wednesday, January 14, 2009

DiCaprio mengaku takut dadah


DICAPRIO


LOS ANGELES - Aktor Hollywood, Leonardo DiCaprio mendedahkan bahawa dia berasa takut apabila rakan seperjuangan, Heath Ledger dan River Phoneix meninggal dunia kerana terjebak dengan dadah, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun dibesarkan di kawasan perumahan yang dipenuhi penagih heroin, hero filem Titanic itu mengaku bahawa dia tidak pernah teruja untuk menagih dadah.

Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana sejak dari zaman kanak-kanak, dia kerap melihat kesengsaraan jiran-jirannya yang menjadi hamba dadah.

"Saya takut melihat bagaimana dadah membunuh manusia dan saya tidak sesekali mahu terlibat dengan barang terlarang itu," katanya.

Menurut Leonardo, kematian Phoenix dan Ledger kerana mengambil dadah meninggalkan perasaan gerun yang berpanjangan dalam diri aktor berkenaan

"Kita semua memiliki ketakutan terhadap sesuatu perkara tetapi dadah bukan jalan penyelesaian," tambahnya. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_14.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...