Wednesday, January 14, 2009

Model hidap penyakit berat badan berlebihan


SYDNEY - Model pakaian dalam wanita Victoria Secret, Karlolina Kurkova (gambar) menghidap sejenis penyakit berat badan, lapor sebuah akhbar semalam.

Model kelahiran Republik Czech yang dinobatkan sebagai wanita paling seksi di dunia oleh stesen E! Entertainment Television pada November tahun lalu itu mengalami penyakit kelenjar tiroid, hipotiroidisme.

Penyakit itu mengurangkan aktiviti kelenjar tiroid daripada paras normal dan mengganggu kadar metabolisme badan sehingga menyebabkan berat badan meningkat dengan cepat.

Ketika beraksi di Minggu Fesyen Sau Paulo pada Jun tahun lalu, Kurkova, 24 dikritik hebat oleh media Brazil kerana tubuhnya yang diseliputi terlalu banyak lemak dan selulit.

Dia juga gagal beraksi pada pertunjukan fesyen Victoria Secret November tahun lalu kerana kelesuan ekoran amalan diet ketat melibatkan pengambilan sayuran dan protein.

Kurkova yang dilabel model kelapan termahal di dunia oleh majalah Forbes menetap di daerah TriBeCa, New York dan sedang bercinta dengan peninju profesional Ukraine, Wladimir Klitschko. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_12.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...