RAMPAS...Muhammad Sabtu melihat wang tunai yang
dirampas, semalam.
KUALA LUMPUR: Perbuatan seorang lelaki dan wanita menyembunyikan sejumlah besar pelbagai jenis dadah dalam kotak kosong bekas makanan haiwan peliharaan serta bekas menyimpan minuman segera gagal mengabui mata polis.
Sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang menggeledah rumah suspek dikejutkan dengan penemuan sejumlah dadah berkenaan yang bernilai hampir RM40,000 dan wang tunai dengan jumlah anggaran rampasan sebanyak RM200,000.
Difahamkan polis yang menerima maklumat menyerbu rumah teres dua tingkat didiami mereka di bandar Manjalara di sini jam 1 tengah hari Sabtu lalu, membongkar rahsia kedua-dua suspek yang hidup mewah dengan berdagang dadah.
Hasil siasatan mendapati suspek lelaki yang ditahan bekerja sebagai buruh manakala kakak iparnya bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Petaling Jaya.
Berikutan penahanan itu, polis terpaksa membawa bersama dua kanak-kanak iaitu anak suspek wanita ke balai polis berikutan risau dengan keselamatan mereka.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata pasangan itu adalah adik, 31, dan kakak ipar, 25, dengan suspek lelaki bertindak sebagai perancang utama.
Ketika serbuan, kedua-dua suspek dipercayai sedang berehat di ruang tamu rumah mereka selepas makan tengah hari.
Dalam serbuan itu polis merampas tujuh peket plastik berisi serbuk putih seberat 1.424 gram, enam peket plastik kecil serbuk putih seberat 38.79 gram dipercayai dadah jenis ketamin, selain 141 keping foil pil Eramin 5 dengan keseluruhan 1,401 biji pil.
Sejumlah wang tunai bernilai RM157,690 dipercayai hasil jualan dadah, tiga keping cek, pasport, sebilah pedang dan pisau berukuran 16 dan 15 inci serta empat unit telefon bimbit jenis Sony Ericsson turut dirampas.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090114093646/Article/index_html

No comments:
Post a Comment