Sunday, March 1, 2009

Budak perempuan dijaga anjing

Budak perempuan dijaga anjing



MADINA



ANNA


MOSCOW - Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun dijaga oleh beberapa ekor anjing setelah dia diabaikan oleh ibunya yang kaki botol, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa pekerja khidmat sosial yang menemui budak itu terkejut apabila mendapati kanak-kanak tersebut bukan sahaja berbogel tetapi turut merangkak seperti anjing serta menggonggong tulang.

Ibunya makan di meja manakala anaknya itu dibiarkan makan di lantai bersama anjing.

Kanak-kanak yang bernama Madina itu hanya mengetahui dua perkataan iaitu 'ya' dan 'tidak.'

Dia turut menggeram seperti anjing ketika didekati.

Madina yang berasal dari Ufa, tengah Rusia tidak berkawan dengan jiran-jiran manakala ibunya, Anna, 23, sentiasa mabuk sehingga mengabaikan kanak-kanak itu.

"Kanak-kanak itu mempunyai senyuman manis tetapi dia kekurangan penjagaan dan kasih sayang selain daripada anjing-anjingnya," kata seorang pekerja sosial.

Bapa kanak-kanak itu menghilangkan diri sebelum kelahirannya menyebabkan Anna meminum arak sehingga mabuk, kata beberapa jiran.

Menurut mereka, Anna sering menjemput rakan-rakannya untuk berparti arak di rumah.

Beberapa kakitangan perubatan berkata, mental dan fizikal kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik di sebalik kelakuannya. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0227&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...