BUSHEHR - Iran memulakan ujian sebuah janakuasa tenaga nuklear buat kali pertama semalam walaupun berhadapan dengan tekanan antarabangsa.
Pertubuhan Agensi Atom Iran, Gholam Reza Aghazdeh berkata, janakuasa di bandar pelabuhan Bushehr akan mula beroperasi sepenuhnya dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Iran melakukan ujian menyeluruh terhadap beberapa peralatan di janakuasa berkapasiti 1,000 megawat yang didakwa oleh beberapa pegawai-pegawai membabitkan penggunaan 'bahan bakar maya' dan bukannya rod nuklear.
"Fasa pembinaan janakuasa tenaga nuklear berakhir. Kami kini berada di peringkat prapentauliahan yang membabitkan prosedur kompleks," kata ketua pelawat dari Agensi Nuklear Rusia, Sergei Kiriyenko.
Agensi berita IRNAmelaporkan dua negara tersebut akan mengumumkan tarikh operasi janakuasa tersebut semasa majlis pentauliahan.
"Kami tidak mempunyai tarikh pentauliahan khusus. Jika semua ujian tamat lebih awal, ia akan dapat beroperasi lebih cepat," kata Aghazdeh.
Cita-cita besar Iran untuk memiliki janakuasa nuklear mencetuskan kebimbangan Barat yang sering menuduh Teheran cuba membangunkan senjata atom.
Rusia mengambil alih pembinaan Bushehr pada 1995 tetapi program itu tertangguh beberapa kali berikutan sekatan antarabangsa terhadap Iran. - AFP
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
No comments:
Post a Comment