Sunday, March 1, 2009

Tunjuk perasaan di pejabat PM Thai


SEJUMLAH penunjuk perasaan duduk di sebatang jalan raya di luar bangunan pejabat Perdana Menteri di Bangkok semalam.


BANGKOK - Beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di pejabat Perdana Menteri mendesak Parlimen Thailand dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan.

Perhimpunan besar-besaran oleh penunjuk perasaan penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra berlaku tiga hari sebelum sidang kemuncak ASEAN berlangsung di negara berkenaan.

Polis berkata kira-kira 7,000 orang menyertai tunjuk perasaan itu.

Salah seorang ketua kumpulan penunjuk perasaan itu, Jakrapob Penkair berkata, demonstrasi itu dilakukan untuk mendedahkan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiya tidak mempunyai hak untuk memerintah.

Menurutnya, penunjuk perasaan akan berkhemah selama dua hari tetapi tidak akan memecah masuk pejabat itu.

"Kerajaan ini penuh dengan perompak. Kami tidak mengundi mereka.

"Majoriti rakyat negara ini tidak mengundi mereka tetapi mereka memerintah kerana golongan elit memilih mereka," kata seorang lagi penunjuk perasaan, Jatuporn Phromphan. - AP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...