Wednesday, April 29, 2009

Nenek Obama terima tawaran kerjakan haji

DUBAI - Nenek Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menerima pelawaan daripada jutawan hartanah Emiriah Arab Bersatu (UAE) Dr. Sulaiman Al Fahim untuk mengerjakan fardu haji tahun ini, menurut satu laporan.

"Saya dapati beliau tidak pernah mengerjakan haji dan beliau ingin sangat nak pergi. Memandangkan ibu kandung saya sudah tiada, keluarga kami ada tempat yang terluang. Saya mempelawa beliau dan beliau menerimanya," Ketua Pegawai Eksekutif Hydra Properties itu dipetik sebagai berkata oleh Arabian Business.

"Saya sangat ternanti-nantikannya," kata Dr. Al Fahim, yang penyedia berita perniagaannya dilaporkan bertemu Mama Sarah semasa melawat Kenya minggu lepas.

Dilantik sebagai duta muhibah bagi menyokong Matlamat Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beliau menjelajah Kenya untuk melancarkan kempen anti-malnutrisi di wilayah berkenaan.

"Ini sesuatu yang saya akan lakukan dengan lebih banyak lagi," katanya, sambil mengakui bahawa beliau sangat bertuah kerana kerjaya dan perniagaan miliknya sendiri.

"Saya merasakan sudah tiba masanya untuk menabur bakti dan berusaha melakukan sesuatu untuk golongan kurang bernasib baik," kata Dr. Al Fahim dalam laporan Arabian Business itu. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...