Wednesday, April 29, 2009

Pasangan jalin hubungansulit ditembak mati


WANITA ini ditembak mati kerana melakukan hubungan sulit.



KLIP video yang disiarkan oleh saluran berita Dawn News menunjukkan mayat seorang wanita ditembak mati.


ISLAMABAD - Satu klip video pasangan lelaki dan wanita yang disyaki menjalinkan hubungan sulit ditembak mati oleh anggota-anggota kumpulan Taliban disiarkan saluran berita Dawn News di Pakistan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian yang berlaku di daerah Hangu, berhampiran sempadan Afghanistan itu dirakam dengan menggunakan telefon bimbit berkamera oleh seorang wartawan tempatan.

Kedua-dua lelaki dan wanita yang tidak didedahkan identitinya itu ditembak dari arah belakang di sebuah padang berhampiran.

Anggota-anggota Taliban itu kemudian kembali semula ke padang tersebut selepas orang ramai memberitahu bahawa pasangan itu masih hidup.

Klip video itu menunjukkan anggota-anggota Taliban kembali semula sejurus kemudian dan menembak mati pasangan berkenaan.

Pembunuhan kejam itu menunjukkan bahawa pengaruh Taliban semakin meluas di Pakistan.

Sebelum ini, kerajaan Pakistan memberikan kebenaran kepada militia Taliban menguatkuasakan undang-undang syariah di Lembah Swat bagi mengekang pengaruh kebangkitan mereka. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...