MANILA - Pihak berkuasa kesihatan Filipina semalam menggesa orang ramai mengelak berpelukan dan berkucupan di tempat awam berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak selesema babi.
Virus itu sudah mengakibatkan 103 maut di Mexico dan dijangka lebih ramai akan mati sekali gus menyebabkan pihak berkuasa di seluruh dunia mengambil langkah-langkah keselamatan.
Pusat Epidemiologi Filipina, Eric Tayag berkata, pihaknya meningkatkan pengawasan terhadap ketibaan penumpang di lapangan terbang serta menggesa orang ramai untuk mengehadkan sentuhan di tempat awam.
Setiausaha Kesihatan, Francisco Duque berkata, setakat kini belum ada sesiapa yang dijangkiti virus itu di Filipina.
Menurutnya, tidak ada pembatalan ketibaan pesawat dari Mexico atau lain-lain negeri di Amerika Utara.
Beberapa pegawai kesihatan berkata, sebanyak 11 pengimbas haba di ditempatkan di beberapa buah lapangan terbang antarabangsa.
Sementara itu, penternak-penternak babi Filipina diarah untuk memberi pelalian pada haiwan ternakan mereka. - AFP
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm
No comments:
Post a Comment