Saturday, February 20, 2010

15 remaja belasah, samun beramai-ramai

2010/02/12

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 15 remaja yang masih menuntut dalam tingkatan tiga dikesan sudah berani bertindak umpama samseng dengan memukul dan membelasah beramai-ramai sebelum merompak mangsa.

Dalam kejadian terbaru, seorang pelajar berusia 16 tahun menjadi mangsa apabila disamun kumpulan remaja terbabit ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Isnin lalu, mangsa baru turun dari bas bersama adik dan abangnya sebelum berjalan ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pudu di sini.

Menurutnya, ketika mangsa berjalan, tiba-tiba muncul sekumpulan 10 hingga 15 remaja lelaki menghampiri mangsa sebelum berpura-pura bertanya sama ada mangsa mempunyai rokok.


"Pada masa sama mangsa mengeluarkan telefon bimbit sebelum cuba menghubungi rakannya. Namun, mangsa terkejut apabila seorang daripada suspek menepis tangannya menyebabkan telefon bimbit dipegang terjatuh.

"Belum sempat mangsa berbuat apa-apa, seorang suspek lagi mengutip telefon mangsa sebelum melarikan diri beramai-ramai," katanya.

Menurutnya, mangsa yang terkejut dengan kejadian itu cuba mengejar kumpulan remaja terbabit.

"Namun, tindakan mangsa sebaliknya membawa padah apabila mangsa sebaliknya dibelasah beramai-ramai,"katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/jamil115/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...