ALOR SETAR: “Saya menyesal dengan tindakan saya mengeluarkan kenyataan tidak berasas ketika siaran Buletin 1.30 semalam, jadi tolong maafkan saya,” kata Khairul Hafiz Md Kassim, 27, penduduk di Kampung Sungai Baru yang didakwa memberikan kenyataan palsu kononnya makanan dimasak di pusat penempatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Janggus, di sini, tidak mencukupi.
Dalam laporan Buletin 1.30 yang disiarkan TV3 semalam, Khairul Hafiz berkata, makanan yang dimasak di pusat penempatan itu tidak mencukupi dan membuatkan orang ramai terpaksa bersesak-sesak untuk mengambilnya serta mendakwa pengurusan di sekolah berkenaan adalah teruk.
Penyelaras penempatan sementara sekolah berkenaan, Mohd Salleh, 50, berkata tindakan Khairul Hafiz mengeluarkan kenyataannya ibarat seperti tidak bersyukur dengan apa yang ada.
Katanya, Khairul Hafiz ibarat tidak memahami keadaan kritikal sekarang ini yang mana penduduk berdaftar yang tinggal di sekolah itu adalah seramai 1,700 orang.
“Sepatutnya dia bersyukur kerana susu anaknya saya beli guna duit poket saya sendiri, inilah dikatakan susu diberi, tuba yang dia balas.
“Saya sedih apabila dia memberikan kenyataan di TV3 dan memfitnah kami kononnya tidak menyediakan makanan yang cukup.
“Kenapa dia tidak bersyukur kerana makanan yang dimasak di sini adalah ayam dan daging sedangkan di tempat lain hanya memakan sardin saja. Malah, minuman yang kami sediakan adalah Milo, Nescafe dan sirap,” katanya yang ditemui, di sini, semalam.
Mohd mendakwa penduduk di pusat penempatan itu berang apabila mengetahui Khairul Hafiz memberikan kenyataan palsu ketika siaran berita TV3.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Menyesalkeluarkenyataantidakberasas/Article/index_html
No comments:
Post a Comment