Tuesday, December 28, 2010

Hulur sumbangan kepada Tabung Akujanji

KETIKA skuad bola sepak negara makin menghampiri lakaran sejarah untuk menjulang Piala Suzuki AFF buat julung kalinya, sambutan bagaimanapun tetap dingin terhadap Tabung Akujanji Ganjaran Skuad Negara.

Kejayaan 3-0 ke atas Indonesia di Stadium Nasional semalam belum melonjakkan jumlah Tabung Akujanji yang bermatlamat untuk memberi penghargaan kepada kesungguhan dan prestasi ditunjukkan pemain-pemain negara.

Sehubungan itu, Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) yang diberi tanggungjawab sebagai Sekretariat tabung berkenaan, menyeru kepada pihak korporat untuk memberikan janji pengikti- rafan kepada pemain-pemain negara.

"Apa yang dilakukan oleh pemain-pemain muda di bawah kendalian K. Rajagobal ketika ini berjaya memikat perhatian seluruh warga Malaysia. Ia terbukti dengan kehadiran puluhan ribu penonton ke Stadium Nasional selain jutaan lagi yang menonton menerusi siaran secara langsung di stesen televi- syen tempatan.

"Sehubungan itu, saya menyeru supaya pihak korporat tampil untuk turut sama memberikan pengiktirafan dengan memberikan aku janji ganjaran kepada pemain-pemain. Jika mereka berjaya membawa pulang Piala Suzuki AFF, sudah tentu ganjaran akan diberikan nanti amat besar ertinya buat mereka," kata Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa.

Setakat ini sebanyak RM88,200 telah dijanjikan untuk Tabung Akujanji Skuad Negara oleh beberapa syarikat, terdiri dari- pada Double XL Services (RM22,000), WSL (MSC) (RM22,000), Aiman Motor (RM22,000), AR Factor Resources (RM10,000), SPA Integrated (RM10,000) dan Kelab Futsal Arena (RM2,200).

Turut memberikan aku janji ialah blogger sukan, Mohd. Rizal Hashim bergantung kepada bilangan pemain dan pegawai pasu- kan iaitu di antara RM2,500 hingga RM3,200.

Badan-badan korporat dan orang perseorangan boleh menghubungi pejabat Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di talian 03-20780985 atau faks ke 03-20706294 pada setiap Isnin, Rabu dan Khamis.

Sumbangan boleh juga dibuat dengan menghubungi terus Setiausaha Agung SAM, Saudara Faisal Jamal di 014-2366200.

Menurut Ahmad Khawari, pihak persatuan berharap agar lebih banyak sumbangan dapat dikumpulkan sebagai penghargaan kepada barisan pemain kebangsaan dan pegawai yang banyak berusaha dalam mencari kemenangan pada kejohanan ini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...