Isu laungan azan: BN dwi standard, kata Pua
Regina Lee
Jan 18, 11
3:44pm
Jan 18, 11
3:44pm
DAP hari ini membidas kerajaan kerana cara mereka menangani isu laungan azan yang didakwa oleh seorang peguam bukan Islam terlalu kuat sebagai dwi standard.
“Saya berpendapat permohonan maaf (daripada pengadu) harus diterima semua dan tidak sepatutnya dieksploitasi,” kata setiausaha publisiti kebangsaannya, Tony Pua yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara.
“Namun, hanya satu isu yang Pakatan Rakyat kurang senang adalah amalan dwi standard dalam menyelesaikan isu ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Menurut Pua soalnya bukan mengenai permohonan maaf dibuat oleh peguam yang membuat aduan tetapi sikap pilih kasih diamalkan Umno.
Katanya, memandangkan isu kontroversial itu membabitkan ahli MCA, kes berkenaan ditutup dengan cepat dan dipastikan agar tidak menjadi sesuatu yang berpanjangan.
“Bila yang silap itu adalah ahli politik BN, mereka dengan segera akan menutup kes dan berkata semuanya sudah selesai.
“Tetapi jika ia membabitkan ahli Pakatan, kita dibidas berhari-hari dan berita itu akan disiarkan di muka utama Utusan Malaysia, dengan dilabelkan sebagai tidak sensitif dan rasis,” kata Pua.
Sebelum itu, seorang ahli MCA seumur hidup, Ng Kian Nam yang juga seorang peguam mencetuskan ketidakpuasan hati masyarakat Islam di negara ini apabila mendakwa laungan azan yang berkumandang di kawasan kediamannya di kawasan Bukit Kerinchi adalah terlalu kuat dan mahu ia diperlahankan.
Namun, Ng kemudiannya menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua umat Islam.
“Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini di atas salah faham yang terjadi. Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh),” katanya pada sidang media.
Dalam satu surat bertarikh 20 Disember 2010 kepada Jabatan Perdana Menteri, Ng, meminta supaya tindakan diambil bagi memperlahankan bunyi azan di Masjid Al-Ikhlasiah di Bukit Kerinchi itu kerana didakwa mengganggu tidurnya.
Ng berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini berhubung isu itu serta berharap isu itu tidak disensasikan lagi.
Menurut Pua, serangan yang sama dilakukan ke atas rakannya dari DAP dan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok pada 2008 apabila Utusan mendakwa beliau bertanggungjawab membuat petisyen supaya laungan azan di sebuah masjid di Puchong diperlahankan.
“Malah, dakwaan yang dilemparkan itu adalah rekaan dan tidak wujud.
“Meskipun terbukti tiada arahan dikeluarkan olehnya (Teresa Kok), namun beliau diserang tanpa henti,” kata Pua sambil menambah tindakan itu akhirnya menyaksikan exco kerajaan negeri Selangor itu ditahan selama tujuh hari mengikut Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).
[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/153739
No comments:
Post a Comment