Monday, January 3, 2011

Kenyataan seksis, Gerakan didesak mohon maaf

Jan 3, 11 4:24pm

Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok mendesak Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang memohon maaf atas kenyataan berbaur seksis yang dilemparkan terhadap Hannah Yeoh yang juga ADUN Subang Jaya.

selangor dap election 281110 teresa kok interview 02Kok (kiri) menganggap kenyataan Tan itu sebagai suatu penghinaan kepada kaum wanita dan ibu.

"Saya menggesa Tan meminta maaf kepada Hannah dan semua wanita tanpa syarat ketidakprihatinan beliau selain mendidik dirinya tentang kesamarataan gender. Saya berbesar hati akan menaja Tan Keng Liang untuk mempelajari kesamarataan gender oleh NGO terkemuka di Malaysia," katanya dalam kenyataan media.

Selain itu, Kok juga menggesa Tan memohon maaf berhubung kenyataan sinis yang mempertikai kebolehan kaum itu menggalas tugas sepertimana kaum lelaki di negara ini.

Memetik kenyataan laman Twitter Tan semalam, ahli exco kerajaan negeri Selangor itu membidas pemimpin BN itu yang mempertikai kebolehan Hannah menjalankan tugas sebagai ADUN ketika sedang hamil.

tan keng liang"Siapa you pilih @ jezlai atau @ hannahyeoh yang akan bercuti hamil (sebagai ADUN Subang Jaya untuk pemilihan mendatang)?" petik laman twitter Tan.

Walaupun mendapat kecaman pelbagai pihak menerusi komen, Tan (kanan) tetap berkeras mempertahan kenyataannya selain menggambarkan sifat chauvinistic beliau terhadap kaum wanita.

Namun pada masa yang sama, Hannah mempertahankan dirinya melalui komen balas mengatakan beliau masih mampu untuk bekerja keras walaupun sedang bercuti hamil berbanding ahli parlimen BN.

Kok berkata, sehingga kini, Hannah yang dilantik sebagai ADUN Subang Jaya sejak terpilih pada Mac 2008 serta pasukannya telah bekerja keras untuk masyarakat di kawasan itu.

Tambah beliau, dedikasi yang ditunjukkan Hannah amat dihargai oleh masyarakat Subang Jaya, justeru beliau yakin ADUN itu akan menyumbangkan usaha kepada masyarakat di Selangor di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat.

http://malaysiakini.com/news/152286

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...