Chua: Terpulang perwakilan MCA tunda pemilihan
Regina Lee
Feb 10, 11
7:40pm
Feb 10, 11
7:40pm
MCA akan membiarkan perwakilannya untuk membuat keputusan sama ada pemilihan parti itu perlu ditunda.
Daripada membiarkan anggota jawatankuasa pusat (CC) membuat keputusan, presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata kuasa akan diserahkan kepada lebih kurang 3,000 perwakilan.
“Jika mereka mahu pemilihan ditunda, mereka mesti membuat permohonan supaya mesyuarat agung luar biasa diadakan bagi meminda perlembagaan,” katanya sambil menambah tarikh akhir 20 Februari telah ditetapkan.
Walaupun sebelum ini CC dilaporkan bersetuju pemilihan parti ditunda, Chua berkata “bagi menghormati perwakilan, lebih baik keputusan diserahkan kepada mereka”.
Perlembagaan MCA mensyaratkan parti itu mesti mengadakan pemilihannya menjelang Mac tahun ini, apabila tempoh penggal kepimpinan selama tiga tahun berakhir.
Namun, MCA dikatakan cuba mengikut jejak rakan-rakan parti komponen BN yang lain - Umno dan Gerakan dalam menundakan pemilihan parti masing-masing yang dikatakan mungkin memecah-belahkan parti dan memerlukan perbelanjaan tinggi serta sudah pasti menjejaskan peluang mereka jika pilihan raya umum diadakan.
Chua pada sidang akhbar hari ini setelah mempengerusikan mesyuarat CC di Wisma MCA, petang ini berkata perwakilan hanya perlu menandatangani borang tertentu jika mahukan EGM diadakan.
Jika diadakan, EGM berkenaan adalah untuk meluluskan resolusi supaya perlembagaan parti dipinda bagi membolehkan pemilihan MCA ditunda selama enam bulan selepas pilihan raya umum diadakan.
Ditanya sama ada beliau berpendapat pilihan raya umum akan diadakan tahun ini, dua tahun sebelum penggal Parlimen ke-12 berakhir, Chua berkata: “Kita tidak tahu. Setakat ini, semuanya hanya spekulasi.
“Tetapi kita harus memperkemaskan parti dan meneruskan kerja-kerja segigih yang mungkin.”
Katanya beberapa bahagian MCA di kebanyakan negeri, termasuk Kelantan dan Pahang, serta juga pergerakan Pemuda MCA telah bersetuju supaya pemilihan berkenaan dipinda.
[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/155714
No comments:
Post a Comment