Friday, February 11, 2011

Polarisasi kaum kini buruk, kata Dr Mahathir

Polarisasi kaum kini buruk, kata Dr Mahathir
Regina Lee
Feb 10, 11
12:24pm

Lapan tahun setelah tidak lagi berkuasa, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat polarisasi perkauman di negara ini kini lebih teruk berbanding ketika zamannya.

Dan punca itu, dakwa Mahathir aadalah kerana peningkatan kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat yang dinikmati di Malaysia sekarang.

mahathir at global leadership forum 070905 talking"Kita, kita sepatutnya lebih 'liberal', hujah mereka (pengkritik) dan membenarkan lebih banyaka perbahasan isu-isu sensitif seperti perhubungan kaum, sebagai contoh.

"Saat mereka berbuat demikian, mereka berundur ke belakang. Mereka membincangkan perkara berkenaan dan menjadi emosi dan menjadi lebih marah ke atas satu sama lain. Dan sekarang kita semakin terpisah.

"Waktu saya, orang ramai tidak bincangkannya, jadi tiada yang panas,” beliau dipetik berkata.

Pendedahan itu dibuat dalam buku terbaru mengenai Mahathir, yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', oleh wartawan Amerika, Tom Plate (bawah, kanan).

Plate kemudian bertanya: "Adakah ketegangan kaum memuncak semula di Malaysia? Maksud anda, polarisasi kini meningkat?”

tom plate thumb"Yeah. Ya. Lebih meningkat," jawab Mahathir.

"Dan, mengapa ini terjadi... kenapa?"

"Ini kerana kita membenarkan orang ramai untuk bersuara. Dan sudah tentu mereka akan bercakap mengenai perkara yang melukakan pihak yang lain.”

"Dan anda tidak membenarkannya?"

"Ketika itu, saya tidak benarkannya. Awak mahu membincangkan perkara seumpama itu, kita lakukan di bilik tertutup, biar pemimpin yang bersuara, kita selesaikannya, itu yang patut dilakukan,” kata Mahathir.


Di sebalik perdana menteri kini, Datuk Seri Najib Abdul Razak mencanang konsep slogan 1Malaysia bagi memupuk perpaduan rakyat di negara ini, Mahathir sebelum ini pernah menyuarakan kesangsiannya.

ops lalang 261005 star front pageMahathir, yang terkenal lantang memperjuangkan undang-undang pencegahan dan tahanan tanpa perbicaraan juga mempertahankan penguatkuasaan undang-undang ketika pemerintahnnya.

"Oh, awak perlu bertindak awal. Awak lakukan perkara sebelum ia terjadi. Banyak yang telah diperkatakan mengenai undang-undang pencegahan ini.Undang-undang ini bertujuan mencegah jenayah, atau apa-apa sahaja daripada terjadi kerana ia berfungsi menghalang orang ramai daripada melakukan sesuatu...

"Apabila awak melihat orang ramai menjadi emosi dalam sebuah negara pelbagai bangsa, awak akan tahu lambat laun juga pergaduhan akan tercetus. Mereka akan saling membunuh satu sama lain dan ini berlaku pada 1969,” katanya.

http://malaysiakini.com/news/155656

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...