Friday, February 11, 2011

Pendedahan konsesi air: Keputusan 25 Februari

Pendedahan konsesi air: Keputusan 25 Februari
Hafiz Yatim
Feb 10, 11
11:24am

Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan keputusan rayuan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mencabar kerajaan supaya mendedahkan laporan audit dan perjanjian konsesi air yang ditandatangani oleh kerajaan negeri Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kepada 25 Februari depan.

Rayuan dikemukakan oleh Menteri, Air, Tenaga dan Telekomunikasi dan kerajaan persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Jun lalu yang membenarkan MTUC dan beberapa individu akses kepada dokumen yang diklasifikasikan rahsia.

Panel tiga hakim, yang diketuai oleh Datuk Zaleha Zahari yang bersidang di Putrajaya berkata mereka memerlukan masa lebih panjang sebelum membuat keputusan.

syed shahrir and mtuc and syabas and water"Kami memang tidak mempunyai masa membincangkan perkara berkenaan memandangkan jumlah kes yang terpaksa didengar.

"Kami perlu berhujah mengenai kes undang-undang yang dibawa kepada kami itu terdahulu,” kata hakim Zaleha.

Anggota lain panel itu ialah hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus. Mereka juga sebulat suara memutuskan bahawa perlu ada satu keputusan yang matang dalam hal ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini memerintahkan kerajaan persekutuan mengumumkan kepada orang ramai laporan audit dan perjanjian konsesi air yang ditandatangani oleh kerajaan negeri Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

NONEPesuruhjaya Kehakiman, Hadhariah Syed Ismail berkata, pendedahan dokumen itu tidak bercanggah dengan kepentingan negara dan awam.

Malah ujarnya, ia akan memenuhi tuntutan awam kerana memaklumkan kepada mereka cara kerajaan berfungsi dan menggalakkan perbincangan tentang perkara berkaitan hal ehwal awam.

Keputusan Hadhariah itu sekaligus memenuhi permintaan MTUC dan 13 pihak lain agar semakan penghakiman dibuat berikutan tindakan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi ketika itu, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yang menolak permintaan mereka agar dokumen berkenaan didedahkan kepada orang ramai.

lim keng yaik and water bill parliament pc 080506 pointing outPada 7 Nov 2006, mereka menghantar sepucuk surat kepada menteri itu memohon agar laporan audit dan butiran perjanjian konsesi berkenaan didedahkan kepada umum, tetapi ditolak pada 4 Dis 2006 atas alasan dokumen terbabit telah diklasifikasikan sebagai sulit dan rahsia.

Urusan utiliti itu kini terletak di bawah portfolio Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Hadhariah memerintahkan responden pertama iaitu Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi mengemukakan dokumen berkenaan kepada MTUC dan pemohon lain dalam masa tujuh hari.

Dalam penghakiman beliau, Hadhariah berkata walaupun perjanjian konsesi itu belum didedahkan kepada umum, tetapi maklumat tentang air bukan hasil (NRW) dan peratusan pengurangannya, formula peningkatan tarif, tempoh kajian semula dan pembayaran pampasan kepada SYABAS telah diedarkan oleh media dan pihak ketiga.

http://malaysiakini.com/news/155645

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...