Friday, February 11, 2011

PM: Ketua GLC dilantik ikut kemampuan

Feb 9, 11 3:23pm

Datuk Seri Najib Razak berkata pelantikan bagi mengetuai setiap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah berdasarkan kemampuan seseorang itu.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak terikat kepada sesuatu dasar dalam pelantikan berkenaan, sebagai contoh menolak ahli politik sebagai ketua dalam memimpin sesebuah GLC.

NONE"Kita (kerajaan) tak ada ketetapan sedemikian. Kerajaan akan melantik berdasarkan kemampuan seseorang itu tak kira sama ada orang korporat, bekas pegawai kerajaan atau bekas ahli politik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Kompleks Yayasan Pahang di Kuantan hari ini.

Katanya, ini berikutan terdapat juga ahli politik yang berkelulusan tinggi dan berpengalaman dalam bidang korporat, yang mempunyai kelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dan berpengalaman mentadbir kementerian.

Perdana Menteri mengulas kenyataan anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof supaya ahli politik tidak dilantik mengetuai GLC.

Zainal Aznam dipetik sebagai berkata, dalam satu forum anjuran badan pemikir, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) semalam bahawa pembaharuan sebenar hanya boleh dicapai jika ada pengharaman menyeluruh pelantikan ahli politik mengetuai GLC.

NONE“Kenapa tidak katakan sahaja ahli politik tidak boleh dilantik, tidak kira parti mana yang diwakili, atau sama ada awak adalah korup?" katanya.

Zainal Aznam mendakwa bahawa pelantikan Tan Sri Mohamed Isa Samad sebagai Pengerusi Felda adalah hari yang sedih dan mengakibatkan kebimbangan pasaran.

Beliau mendakwa ini berpunca daripada Mohamed Isa yang terpalit dengan gejala rasuah dan didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh Lembaga Disipin Umno pada 2005.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
pula dipetik sebagai berkata, pelantikan Mohd Isa menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu.


- Bernama

http://malaysiakini.com/news/155586

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...