Sunday, February 6, 2011

Lebih 4,000 pelajar dipindah ke Jeddah


INILAH Pusat Transit Madinatul Hujaj di Jeddah yang dijadikan tempat penginapan sementara rakyat Malaysia.


KUALA LUMPUR – Seramai 4,300 pelajar Malaysia berjaya dibawa keluar dari Mesir ke Jeddah, Arab Saudi semalam ketika Wisma Putra melaporkan keadaan negara di utara benua Afrika itu terus tegang akibat demonstrasi antikerajaan yang berterusan.

Agensi-agensi berita asing pula melaporkan para pemimpin penunjuk perasaan di Mesir bertemu dengan Perdana Menteri Ahmed Shafiq lewat kelmarin bagi mencari kaedah terbaik untuk Presiden Hosni Mubarak melepaskan tampuk pemerintahannya.

Kumpulan itu yang terdiri daripada golongan elit Mesir yang menggelarkan diri mereka ‘Kumpulan Lelaki Bijaksana’ telah memberikan beberapa usul bagi memecahkan kebuntuan politik yang melanda Mesir kini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pilay berkata, setakat semalam rakyat Malaysia seramai 4,300 orang selamat dipindahkan dengan menggunakan dua pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia serta tiga pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...