Sunday, February 6, 2011

Mahu kembali ke Mesir

Mahu kembali ke Mesir

Oleh HAYATI IBRAHIM
ya_t@hmetro.com.my

BERSYUKUR... Alyaa Eleena dicium kedua-dua adik selepas selamat tiba di KLIA, semalam.
BERSYUKUR... Alyaa Eleena dicium kedua-dua adik selepas selamat tiba di KLIA, semalam.

SEPANG: “Saya tetap akan pulang ke Mesir untuk menyambung pelajaran. Kejadian ini tidak akan mematahkan semangat saya untuk bergelar doktor,” kata pelajar perubatan Universiti Alexandria, Aryaa Eeleena Kamarul Lizham, 19.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, dia tidak terlalu risau dengan keadaan itu kerana senario berkenaan biasa berlaku di sekitar kediamannya.


“Hidup di Mesir memang mencabar, kita hanya perlu berhati-hati, saya selalu melihat kejadian gaduh guna parang, baling botol dan pijak kepala hingga berdarah.

“Namun itu perkara biasa di Mesir, sebab itu saya tak serik untuk meneruskan pengajian di sana,” katanya ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.


Aryaa Eeleena tiba di tanah air bersama rakan sekelasnya, Siti Najwa Khamsul, 19 kira-kira jam 2 petang menerusi penerbangan Etihad Airways.


Katanya, dia berjaya mendapatkan tiket penerbangan itu melalui sebuah ejen pelancongan dengan harga melebihi RM3,000 hanya untuk perjalanan sehala.

Menurutnya, dia dan rakannya bernasib baik mendapat tiket terbabit hanya be berapa minit sebelum ejen pelancongan itu ditutup, walaupun harga naik dua kali ganda.


“Kami terpaksa dikunci di dalam premis ejen pelancongan itu kerana ketika membeli tiket, sekumpulan perusuh tiba-tiba melalui kawasan berkenaan.

“Kami membeli tiket dengan harga lebih RM3,000 sehala berbanding RM1,800 penerbangan pergi balik sebelum ini, tetapi duit tidak penting kerana kami ingin pulang ke Malaysia,” katanya.


Sementara itu, Siti Najwa berkata, dia tidak diganggu perusuh kerana dimaklumkan mereka tidak akan mencederakan orang asing, terutama orang Islam.


“Mereka hanya merusuh sesama mereka untuk menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak, tetapi mereka tidak akan mengganggu orang dari negara luar.


“Disebabkan itu saya tidak serik untuk kembali ke Mesir, saya sayang Mesir,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/MahukembalikeMesir/Article/artikelMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...