Feb 6, 11 11:55am
Kerajaan diminta menyediakan pelan khas untuk menyelamatkan pelajar Malaysia di beberapa negara Arab, sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya tempias daripada krisis demokrasi di Mesir.
"Faktor desakan ini adalah memandangkan berlandaskan kajian dan teori politik di Timur Tengah, pergolakan politik ini tidak akan berakhir di Mesir sebaliknya akan merebak ke rantau negara Arab yang lain," kata Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz (kiri).
Dalam satu kenyataan, Muhammad Faisal berkata, negara Arab lain yang perlu diberi perhatian antaranya Syria, Jordan, Yaman dan Arab Saudi.
Katanya, pendapat itu disokong oleh beberapa ahli akademik, seperti Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya Prof Dr Redzuan Osman yang menyatakan Yaman antara negara Arab terawal yang berkemungkinan besar akan berlaku pergolakan “besar-besaran” selepas Mesir dan Tunisia.
Sementara itu, PKPIM juga menyifatkan pergolakan di Mesir merupakan kebangkitan rakyat Arab Timur Tengah ke arah pemulihan demokrasi setelah sekian lama rantau itu "dikongkong pemimpin diktator pro-Amerika Syarikat".
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pula berkata, pihaknya kesal kerana kerajaan "lewat bertindak" berbanding negara-negara lain untuk menjamin keselamatan dan kebajikan pelajar dan rakyat Malaysia yang bekerja di Mesir.
"Kerajaan Malaysia juga tidak memberikan maklumat yang secukupnya untuk meredakan kebimbangan puluhan ribu rakyat Malaysia yang mempunyai anak-anak dan saudara mara yang menuntut dan bekerja di Kaherah, Iskandariah dan lain-lain tempat di negara tersebut.
"Kealpaan Jabatan Penuntut Malaysia dan kedutaan Malaysia di Kaherah bertindak adalah juga berpunca dari kelemahan pegawai-pegawai tertinggi di sana yang tidak mengetahui bahasa Arab dan akibatnya mereka yang tidak dapat mengikuti perkembangan politik dari media-media tempatan yang sepenuhnya di dalam bahasa Arab," katanya.
Dalam satu kenyataan semalam, Azmin merumuskan perkara itu berlaku akibat dasar kerajaan yang didakwa memilih pegawai yang tidak berkemampuan dan terputus dari persekitaran mereka beroperasi.
Tambahnya, proses pemindahan - yang didakwa terbesar dalam sejarah Malaysia - boleh dilakukan lebih awal dan teratur sekiranya kedutaan di Kaherah dan Jabatan Penuntut Malaysia mempunyai maklumat yang cukup tentang proses politik yang berlaku di Mesir.

http://malaysiakini.com/news/155309
No comments:
Post a Comment