Feb 16, 11 1:53pm
Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan pewujudan portfolio exco baru bagi halehwal agama bukan Islam untuk mengendalikan perkara yang berkaitan dengan agama Buddha, Kristian, Sikh, Tao dan Hindu.
Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata ini adalah pertama kali portfolio seumpama itu diwujudkan di Pulau Pinang.
Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata portfolio tersebut akan dipengerusikan oleh ketua menteri sendiri.
Manakala Timbalan Ketua Menteri 11, Prof Dr P Ramasamy dilantik sebagai timbalan pengerusi portfolio tersebut.
Menurut Lim, cadangan penubuhannya telah dibawa oleh Dr Ramasamy dalam mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri dan diluluskan minggu lalu.
Katanya, penubuhan portfolio tersebut menandakan sambutan Minggu Harmoni Antara Agama Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini.
Lim juga menegaskan bahawa portfolio itu berbeza dengan jawatankuasa kerajaan pusat bagi mempromosi harmoni dan kefahaman antara agama.
Kata, ia kerana apa yang diwujudkan oleh kerajaan negeri adalah portfolio exco sepenuhnya dan mencerminkan keperhatinan tulen kerajaan negeri terhadap semua perkara berkaitan agama.
Memandangkan George Town merupakan bandar Warisan Dunia UNESCO, kata Lim, maka pewujudan portfolio exco tersebut tepat pada masanya kerana ia mempromosikan kepelbagaian dan interaksi positif manusia mengenai ruang budaya, agama dan sosial.
"Walaupun ada perbezaan antara kita, tetapi kita disatukan oleh aspirasi bersama kita untuk amalan yang baik dan nilai moral keamanan sejagat, keadilan, kesederhanaan dan harmoni," tegasnya.
Menurutnya lagi, landasan portfolio exco baru itu ialah "kerjasama bukan konfrontasi, saling menghormati bukan toleransi, dan kefahaman bukan kejahilan."

http://malaysiakini.com/news/156153
No comments:
Post a Comment