Thursday, February 17, 2011

Pro-M UIAM tetap akan bekerja keras







Muhammad Zaki

GOMBAK, 16 Feb: Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pro-M UIAM), Wan Mohd Hakimi Wan Ahmad (gambar) berkata, kemenangan tanpa bertanding di 13 daripada 26 kerusi yang dipertandingkan bukan alasan untuk pihaknya mendabik dada dan berpeluk tubuh.

Dalam pengumuman senarai akhir calon bertanding oleh Ketua Suruhanjaya Pilihanraya, Ustaz Fauzi Muda pada pukul 3 petang tadi di Galeri Kulliyyah Senibina UIAM, Pro-M telah berjaya memenangi 2 kerusi tanpa bertanding di Kulliyyah Kejuruteraan, Informasi dan Teknologi Maklumat serta Seni Bina yang berada di kampus Gombak manakala selebihnya dari kampus Kuantan iaitu di Kulliyyah Perubatan, Farmasi, Pergigian dan Sains.

Manakala persaingan pula akan berlaku di Kulliyyah Undang-Undang, Ekonomi dan Sains Pengurusan serta Institut Pendidikan yang berada di Gombak.

Persaingan di Kuantan pula akan melibatkan Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu dan Kejururawatan.

Manakala kesemua kerusi yang diperuntukkan untuk pelajar antaranbangsa turut dimenangi tanpa bertanding.

Bersyukur dan berasa gembira dengan momentum awal yang dicapai, Wan Hakimi berkata pihaknya mensasarkan untuk mendapatkan seberapa banyak mungkin kerusi yang dipertandingkan bagi menambah lagi kekuatan suara Pro-M di kampus dan di peringkat nasional.

Ia juga, katanya bagi memberikan suntikan semangat dan tonik tambahan kepada rakan-rakan Pro-M di kampus-kampus lain yang akan berlangsung penamaan calon pada hari esok.

“Saingan kuat kali ini datang daripada Pro-Aspirasi dan ada juga calon dari PKPIM namun insya-Allah, dengan kerja keras dan persiapan yang dilakukan selama ini, kami akan cuba untuk memenangi seberapa banyak kerusi yang dipertandingkan,” ujarnya lagi.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran dan suruhanjaya pilihanraya UIAM yang telah meluluskan permohonan Pro-M untuk diadakan pertandingan di kerusi Institut Pendidikan, setelah 2 tahun berturut-turut Pro-M memperjuangkan isu tersebut.

Pro-M turut merakamkan penghargaan kepada UIAM kerana membuka ruang seluas-luasnya kepada demokrasi kampus.

Hal ini disebabkan oleh kesemua calon dibenarkan untuk menggunakan kempen melalui media elektronik seperti Facebook, Twitter, Blog, You Tube yang merupakan elemen paling berkesan dalam penyebaran maklumat dan memudahkan urusan untuk memperkenalkan calon kepada pengundi.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa peratusan mengundi akan meningkat memandangkan kesemua media elektronik akan cuba dioptimumkan sebaik mungkin dalam menyedarkan mahasiswa kampus kepada kesedaran dan tanggungjawab mengundi.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30898:pro-m-uiam-tetap-akan-bekerja-keras&catid=1:utama&Itemid=50

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...