Mac 23, 11
6:17pm
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah (kiri) yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T mendakwa, ahli parlimen PKR, Datuk Johari Abdul membuat permintaan itu selepas menonton video kontroversi itu.
Beliau juga mendakwa Johari meminta RM1 juta untuk setiap seorang bagi tujuh anggota parlimen yang akan dibawanya untuk menonton video itu, menjadikan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar sebanyak RM7 juta.
"Bila (permintaan sebegini) ini berlaku, kita pun buat keputusan tolak (permintaan Johari)," kata seorang lagi anggota Datuk T - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.
Seorang lagi anggota Datuk T atau Datuk Trio (bertiga) itu didakwa Datuk Shuaib Lazim. Beliau juga bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bagaimanapun tidak hadir.
Bercakap dalam sidang media di sebuah hotel di ibu negara bagi mendedahkan identiti Datuk T dan tujuan mereka menayangkan video kontroversi itu, Rahim menyifatkan dakwaan Johari pagi tadi sebagai "tohmahan" semata-mata.
"YB ini yang kata, (video) itu benar. Ini si fulan itu, ini ketua PKR," dakwa Rahim mengulas kenyataan Johari yang mendakwa orang dalam video itu bukan Anwar.
'Kamu akan serah video?'
Menurut mereka, selain Johari dan wartawan, terdapat beberapa anggota parlimen yang dekat dengan mereka telah menonton video itu. Bagaimanapun identiti pihak terbabit tidak didedahkan.
Pagi tadi, Johari mengakui terdapat percubaan menggunakan video seks sebagai umpan kepada ahli parlimen Pakatan, seperti didakwa Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dalam sidang media bersama mereka (kanan).
Ditanya kenapa Johari dipanggil bagi menonton video itu, Shazryl menjelaskan, ia ekoran ahli jawatankuasa Majlis Pimpinan Pusat PKR itu merupakan anak saudara kepada Shuib.
Sementara itu, Shazryl turut mendakwa terdapat usaha mendapatkan video "tunggal" tersebut oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga isteri Anwar.
Ditanya pemberita kenapa ia tidak diserahkan, Shazryl bertanya kembali: "Kalau kamu, kamu serah?"
Seorang pemberita menjawab: "Tidak".
"Tidak (akan serah pada Wan Azizah)," Shazryl cuma mengulang jawapan ringkas itu.
http://malaysiakini.com/news/159474
No comments:
Post a Comment