Thursday, March 24, 2011

Lady Gaga: Rakyat M'sia mesti protes tapisan lagu

Lady Gaga: Rakyat M'sia mesti protes tapisan lagu
Mac 24, 11 3:44pm

Diva pop Lady Gaga menggesa peminatnya di Malaysia supaya bangun menentang tapisan ke atas lirik lagunya yang dikatakan menggalakan penerimaan kumpulan gay.

Menurut Associated Press, Lady Gaga berkata rakyat Malaysia yang mahu mendengar lagunya secara penuh di radio “mesti melakukan apa yang terdaya jika mahu membebaskan diri daripada masyarkat anda.”

NONEBidasan Lady Gaga berhubung tapisan itu dibuat ketika lawatannya ke ibu pejabat Google di Mountain View, California hari ini.

Minggu lalu, AP melaporkan Malaysia hanya menyiarkan versi lagu hit diva itu “Born This Way” yang disunting.

Lirik yang ditapis itu berbunyi “No matter gay, straight or bi, lesbian, transgendered life, I'm on the right track, baby.”

Dalam laporan sebelum ini, Rangkaian Radio AMP berkata tapisan diperlukan kerana mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

Syarikat yang mengendalikan stesen radio paling popular di Malaysia, termasuk hitz.fm, itu berkata tapisan dilakukan kerana khuatir lagu itu akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang awam.

Badan-badan penyiaran menghadapi kemungkinan denda sehingga RM50,000 dan juga penalti yang lain jika mereka melanggar peraturan penyiaran negara.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/159563

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...