Monday, March 7, 2011

Premis judi: PAS bawa kepada pimpinan Pakatan

Mac 6, 11 12:14pm

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan hari ini bahawa sudah menjadi polisi kerajaan negeri Kelantan sejak 20 tahun lalu untuk menentang sebarang bentuk perjudian.

"Bagi saya, isu ini perlu dilihat dalam ruang lingkup yang lebih luas dan tidak terbatas kepada Islam dan bukan Islam atau Melayu dan bukan Melayu sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

NONEBeliau mengulas berkaitan dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan yang mengambil tindakan terhadap premis yang menjual tiket perjudian di Kelantan, dan berkaitan kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh, dan yang lain-lain mengenainya.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata: "Apa yang perlu dilihat adalah kesan buruk daripada perjudian.

"Pada saya ia ditolak semua agama dan oleh prinsip kemanusiaan untuk wujudkan keluarga, masyarakat dan negara yang baik," tambahnya.

Mustafa berkata, oleh kerana isu tersebut melibatkan prinsip dan dasar, maka beliau akan membawa perkara itu kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk dibincang secara serius dan menyelesaikan masalah itu dengan baik.

"Kita tahu, sikap Umno dan BN menghalalkan judi sebab itu lesen-lesen perjudian di keluarkan oleh Kerajaan Persekutuan.

"Kita mahu Pakatan Rakyat mempunyai sikap yang tegas dan berbeza dengan BN dalam hal ini," tambahnya.


http://malaysiakini.com/news/157845

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...