Monday, March 7, 2011

SPR: ADUN Lenggeng masih wakil sah

Aidila Razak
Mac 5, 11
2:45pm

Mustafa Salim adalah masih ADUN Lenggeng kerana keputusan muktamad di mahkamah belum diputuskan, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya , Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

NONEKatanya, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi beliau masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

"Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

"Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN," kata Abdul Aziz kepada wartawan di Merlimau.

Katanya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekalipun, jika Mustafa dilucutkan, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini.

NONE"Pilihan raya kecil tidak diperlukan jika sesuatu kerusi diisytiharkan kosong dua tahun sebelum tempohnya berakhir.

"Dewan undangan negeri Negeri Sembilan pertama kali bersidang pada 28 April 2008 dan tempohnya berakhir pada 28 April 2011,” katanya.

Semalam, Mustafa, 53, didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.


http://malaysiakini.com/news/157781

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...