Wednesday, June 29, 2011

Pemuda PAS, PKR ditahan polis

Jun 25, 11 12:31pm

Sekurang-kurangnya sembilan orang ditahan polis dalam tiga tangkapan berasingan malam tadi, dipercayai berkaitan dengan perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini.

Di Shah Alam, Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainudin ditahan kira-kira jam 11 malam di Shah Alam ketika pelancaran awal kempen BERSIH 2.0.

Difahamkan beliau ditahan di ketika mahu minum segelas air sebuah restoren ketika dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam supaya kenyataannya dapat dirakam polis.

Sementara seorang anggota PAS yang dikenali sebagai Shafri difahamkan turut ditahan, dipercayai kerana membawa barangan serta pakaian yang berkaitan dengan himpunan BERSIH.

Kedua-dua mereka dilepaskan awal pagi tadi, lapor Harakahdaily,

Di Johor pula, tujuh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan ketika sedang mengedarkan risalah berkaitan himpunan BERSIH dalam pelancaran kempen 'Udahlah tu ...Bersaralah'.

Kempen 'Udahlah tu...Bersaralah' ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia dari 24 hingg 26 Jun untuk mendedahkan rekod BN, lapor akbar web PAS itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob pula dilapor menafikan bahawa pemimpin AMK itu ditahan polis selepas didakwa cuba mempromosikan BERSIH.

"Kita tidak tahan beliau tetapi hanya ambil keterangannya. Khairul Anuar dibawa ke IPD Shah Alam kira-kira pukul 10.30 malam semalam dan selepas selesai (ambil keterangan) kita lepaskan dia," beliau dipetik sebagai berkata kepada Bernama.

Sepanjang tempoh diambil keterangan, dilaporkan juga kira-kira 20 orang dipercayai penyokong AMK dilihat berkumpul bagi memberi sokongan kepada beliau di luar pintu pagar IPD yang ditutup dan dikawal beberapa anggota polis.


http://malaysiakini.com/news/168001

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...