Wednesday, June 29, 2011

PSM jadi sasaran menjelang perhimpunan BERSIH

Aidila Razak
Jun 24, 11
4:12pm

Polis meneruskan tindakan terhadap aktiviti politik menjelang perhimpunan BERSIH 9 Julai ini - kali ini terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM).

NONEMenurut setiausaha agung PSM, S Arutchelvan (kiri), kira-kira 50 anggota polis berada di tempat pelancaran kempen parti itu - 'Udahlah ...Bersaralah' - di Nusantara, Johor.

Ketika dihubungi petang ini, Arutchelvan berkata kira-kira 50 ahli PSM dihalang daripada mengedarkan risalah mengenai kempen tersebut pada kira-kira jam 9.30 pagi.

Menurutnya, pihak polis mengancam untuk menangkap mereka atas dakwaan menghasut jika mereka meneruskannya, dan polis juga menggunakan perhimpunan BERSIH 2.0 sebagai alasan untuk menghalang kempen tersebut.

NONE"Pada mulanya mereka bercakap tentang BERSIH dan ianya arahan Ketua Polis Negara, tetapi (risalah itu) tidak ada kena-mengena dengan BERSIH," katanya, tetapi mengakui, PSM juga menggunakan kempen itu untuk mempromosi perhimpunan tersebut.

Katanya, apabila PSM menunjukkan risalah yang menggesa rakyat
menukar kerajaan kerana 'rekod prestasinya yang lemah', pihak polis mendakwa ianya berunsur hasutan.

"Risalah itu menyatakan, selepas 54 tahun pemerintahan BN, rasuah meningkat, ketegangan kaum meningkat dan jurang antara yang kaya dan yang miskin telah melebar, jadi kami meminta rakyat tukar kerajaan.

NONE"Kami tidak mencabar sultan atau menghasut rusuhan kaum, jadi saya tidak melihat apa-apa yang menghasut di sini," katanya.

Ekoran ancaman polis untuk menangkap mereka, Arutchelwan
membuat laporan polis terhadap OCPD Nusajaya, Supt Abd Aziz Ahmad kerana didakwa tidak bersikap berkecuali.

"Beliau bersikap seperti seorang ahli politik," katanya.

Arutchelvan berkata, setakat ini pihaknya tidak menghadapi masalah berkempen di Perak, walaupun kumpulan di Arau, Perlis, telah diminta ke balai polis untuk disoalsiasat sebelum dilepaskan.

"Malah, empat kenderaan polis masih mengekori kita sekarang, dan kita diberitahu bahawa ramai lagi anggota polis menunggu di destinasi kami seterusnya di Simpang Renggam (Johor)," katanya.

Kempen 'Udahlah tu...Bersaralah' ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia, melalui penjelajahan jelajah dari 24-26 Jun untuk mendedahkan rekod BN.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/167943

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...