Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim mempersoal kewajaran kos perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58 kerana kos sedemikian satu bentuk pembaziran wang rakyat.
Katanya, Perdana Menteri yang selalu mengeluarkan nasihat kepada rakyat supaya berjimat telah melakukan sesuatu yang bukan sesuatu teladan yang baik.
“Jika boleh kita buat analogi yang mudah, kos umrah ziarah ialah RM5,000 bagi menampung kos selama 2 minggu , dan jika seorang itu pergi umrah untuk 6 kali dalam setahun dengan harga semasa pakej tersebut, jika empat tahun berturut-turut pergi umrah jumlahnya baru mencecah lebih kurang RM120,000,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, analogi tersebut merupakan sifir mudah untuk rakyat tahu bagaimana pemimpin berbelanja dengan begitu boros wang rakyat yang sepatutnya dijaga dengan adil.
Seharusnya, ujar beliau Perdana Menteri perlu memiikirkan tentang susah payah rakyat bekerja keras untuk menyara kos hidup memandangkan keadaan ekonomi yang kurang baik dalam keadaan belanjawan negara yang mengalami defisit selama 12 tahun berturut-turut.
“Harapan saya semuga rakyat jangan abaikan berita sebegini sebagai satu berita biasa melainkan satu berita yang menggambarkan betapa tidak bertanggung jawabnya Najib dalam berbelanja sedangkan rakyat dalam keadaan susah,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.
Nampaknya, kata beliau kerajaan yang ada sekarang tidak memikirkan kepayahan rakyat dan ianya perlu diganti dengan kerajaan yang baru.
Beliau menambah, rakyat sesungguhnya memerlukan pemimpin yang adil dan mengambil berat soal kebajikan rakyat, bukan berbelanja mewah seperti pemimpin Umno BN.
“Kerana itu saya yakin pemimpin Pakatan Rakyat mampu melakukannya,” katanya
http://anwaribrahimblog.com/2011/06/29/rakyat-diminta-berjimat-tapi-pemimpin-boros/
No comments:
Post a Comment