Wednesday, June 29, 2011

PKR terbit video 'versi Johari'

Lee Way Loon & Norain Saleh
Jun 24, 11
4:42pm

Anggota parlimen Sungai Petani MP Johari Abdul hari ini mengeluarkan versi seks video yang disunting kepada media untuk menunjukkan keraguan sekitarnya.

NONEIa sekali gus bagi membuktikan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki dalam video itu.

Tindakan itu sebagai respons kepada laporan pakar Amerika Syarikat bahawa lelaki dalam video itu menyerupai Anwar.

Johari (bertali leher), antara yang terawal menonton video itu pada 21 Mac lalu, berkata demikian dalam sidang media bagi menguatkan dakwaannya bahawa lelaki dalam video itu bukan Anwar.

Dalam video itu, beliau bertindak sebagai pengulas yang membangkitkan keraguan demi keraguan.

Lelaki X

'Versi video itu akan dimuatnaik ke Youtube selepas jam 4 petang ini. PKR juga akan menjual VCD dalam ceramahnya bermula hari ini.

Versi yang ditayangkan di hadapan 15 wartawan itu menunjukkan perbandingan fizikal antara Anwar dan juga pelaku di dalam video seks tersebut.

NONEJohari mendakwa pelaku video itu - yang dirujuk sebagai lelaki X - berperut boroi, berhidung mancung dan berdada lusuh, manakala Anwar mempunyai hidung agak 'pesek' dan pendek.

Semasa perbandingan hidung dibuat juga, kelihatan gambar Tan Sri Thambi Chik diletakkan di sebelah gambar Anwar, seolah-olah ingin mencadangkan bahawa bekas ketua menteri Melaka itu sebagai lelaki X.

Ditanya pemberita, Johari bagaimanapun menafikan menuduh sesiapa dan sekadar menunjukkan hidung mancung Rahim.

Shamsul: Tuduh Datuk T, ulas Anwar

Menurut Johari, beliau turut membuat satu kajian di Thailand untuk membuktikan kewujudan teknologi yang mampu mengubah wajah individu.

“Saya memilih untuk menjadi P Ramlee. Wajah saya dan allayarham P Ramlee amat berbeza.

"Jurusolek mengambil masa 4 jam dan inilah hasilnya,” katanya sambil menunjukkan wajahnya yang seiras seniman ulung itu.

Johari juga berkata bertanggungjawab sepenuhnya atas penghasilan video itu.

NONE"Ini apa yang saya percaya. Ini bukti yang saya ada," katanya.

Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin yang mempertikaikan perjalanan mahkamah pagi tadi ketika trio Datuk T didakwa.

“Pertuduhan terhadap tiga orang ini (Datuk T) tetapi ulasan terhadap DSAI (Anwar),” katanya yang juga seorang peguam.

“Saya juga pertikaikan mengapa mereka walaupun telah dijatuhi hukuman dan dikenakan denda tetapi sebelum membayar denda lagi mereka juga telah dilepaskan.

"Itu bercanggah dengan prinsip perjalanan perbicaraan,” katanya lagi.


http://malaysiakini.com/news/167934

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...