Wednesday, June 29, 2011

Video seks: Belum putus tubuh s'jaya diraja

Jun 25, 11 10:56am

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung penubuhan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat klip video seks yang memaparkan seorang lelaki dikatakan menyerupai pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE"Kita belum buat apa lagi keputusan, itu ada macam-macam pandangan, yang mana sekarang ini pihak polis telah hantar tape itu kepada pihak yang pakar dalam hal ini dan laporan itu telah diserahkan kepada mahkamah," katanya.

Najib, yang juga pengerusi BN, berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau diminta mengulas tentang pengesahan dua pakar dari Amerika Syarikat yang rakaman video seks itu adalah tulen dan tidak ada sebarang 'tampering' (diubah-ubah) dan 'superimpose' (gambar ditindih) dilakukan.

Perkara itu terkandung dalam fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret semalam setelah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung PERKASA Datuk Shuib Lazim mengaku bersalah terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan.

azlanSebelum ini beberapa pihak mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat klip video seks berkenaan.

Najib berkata rakyat sendiri perlu buat penilaian mengenai pendedahan itu.

"Kalau kita kata apa-apa pun, yang paling penting ialah untuk mencari kesahihan dan kebenaran. Itu yang kita serahkan kepada rakyat untuk tentukan," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Anwar bahawa bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik, yang turut mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Shazryl Eskay dan Shuib, ada berjumpa dengan beliau di parlimen semalam, Najib berkata dakwaan itu adalah suatu pembohongan.

"Tiada, itu dia (Anwar) boleh dakwa, tapi Tan Sri Rahim tiada jumpa saya sama sekali... itu satu pembohongan," katanya.

--Bernama


http://malaysiakini.com/news/167987

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...