Monday, July 11, 2011

CPO: Polis tiada kaitan kematian peserta protes

Joseph Sipalan
Jul 10, 11
4:29pm

Polis hari ini menafikan ada apa-apa kaitan dengan kematian peserta protes BERSIH 2.0, Burhanudin Ahmad semalam, dan mendakwa mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan bukan dari komplikasi terdedah kepada gas pemedih mata.

NONETimbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh berkata laporan bedah
siasat awal menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.

Beliau berkata, siasatan mereka tidak menemui sebarang kecederaan luaran, ataupun kecederaan dalaman.

Siasatan awal, katanya, menunjukkan jantung mangsa sedikit bengkak dan tiga arteri tersekat," katanya dalam sidang media hari ini.

Semalam, dilaporkan Burhanuddin, yang menurut polis peserta perhimpunan, telah pengsan selepas didakwa terkena gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis ant-rusuhan di KLCC.

Burhanudin dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur, di mana dia kemudian disahkan meninggal dunia.

VIDEO | 4.57 min


http://malaysiakini.com/news/169479

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...